Khamis, 10 September 2020

Pegawai Polis Beritahu Siasatan Awam Dia Tidak Hairan Joshua Hilmy Ke Gereja


KUALA LUMPUR: Seorang pegawai polis memberitahu siasatan awam Suhakam hari ini bahawa dia tidak merasa hairan mengenai Joshua Hilmy berada di gereja atau menjadi Kristian sebab Malaysia membenarkan penduduk untuk mengamalkan kepercayaan agama mereka secara bebas.

Saksi ke-13 di siasatan awam berkenaan kehilangan Joshua dan Ruth Hilmy, Hairol Azhar, sedang menjawab soalan dari peguam Philip Koh samada dia mendapati pelik bahawa Joshua, seorang Melayu dan Muslim, berada di gereja.

Ketua pesuruhjaya Suhakam. Hishamuddin Yuus kemudian menanya samada dia melakukan siasatan lanjutan mengenai Joshua yang hilang pada November 2016.

Hishamuddin berkata adalah benar bahawa Malaysia mengamalkan kebebasan beragama tetapi Hairol seharusnya menyiasat lebih lanjut kerana Joshua telah hilang.

Joshua, yang telah masuk Kristian, dan isterinya, Ruth Sitepu telah kali terakhir dilihat pada 30 November 2016. 

Hairol merupakan ketua polis Sungai Way pada 2018 ketika dia dipertugaskan untuk mengesan keberadaan Joshua.

(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Free Malaysia Today bertajuk, "Cop Tells Inquiry He Wasn't Surprised Joshua Hilmy Was In Church" yang ditulis oleh Minderjeet Kaur bertarikh 10 September 2020)