Rabu, 21 Februari 2018

Pelakon 'Black Panther' Letitia Wright Datang Kepada Yesus Setelah Lakonan Menjadi Idola Dalam Hidupnya


Letitia Wright semakin terkenal setelah membintangi filem besar "Black Panther," tetapi pelakon Kristian itu dulu pernah berehat daripada lakonan selepas menyedari bahawa kariernya sudah menjadi idola dalam hidupnya.

Wright memainkan peranan sebagai Puteri Shuri, adik perempuan Raja T'Challa - watak utama "Black Panther." Sebelum lakonannya yang terus mendapat perhatian itu, pelakon British kelahiran Guyana telah membintangi filem-filem seperti "The Commuter" dan "Urban Hymn" beserta filem-filem UK "Top Boy," "Doctor Who" dan "Humans." 

Bagaimanapun, pada satu waktu dahulu apabila Wright bergelut dengan lakonan sebagai idolanya yang mana telah menyebabkannya berehat dari lakonan dan mengfokus kepada iman Kristiannya. 

"Waktu itu saya sedang mengharungi banyak perkara, waktu yang sukar dalam hidup saya dan saya benar-benar perlu berehat dari lakonan kerana saya betul-betul menjadikannya idola saya. Oleh itu saya berhenti darinya dan mengikuti perjalanan untuk mengenali Tuhan dan hubungan saya dengan Tuhan dan saya menjadi seorang Kristian," Wright memberitahu rancangan "This Morning" di ITV UK awal bulan ini. 

Letitia Wright

"Itu telah memberi saya begitu banyak kasih dan cahaya dalam diri saya. Saya rasa terjamin dan saya rasa tidak memerlukan pengesahan daripada sesiapapun atau dari mendapat sesuatu peranan dalam lakonan. Kebahagiaan saya tidak bergantung pada itu, ianya bergantung pada hubungan saya dengan Tuhan."

"Saya rasa damai dengan siapa diri saya dan saya benar-benar bersyukur. Saya tidak sempurna," katanya. "Terutamanya sebagai seorang Kristian, kita tidak sempurna. Tetapi kita berjalan setiap hari dan berusaha sentiasa berhubungan (dengan Tuhan) dan ya, itu telah banyak membantu saya dan saya benar-benar bersyukur."

Letitia berlakon bersama Chadwick Boseman
yang memain peranan sebagai Black Panther

Wright telah mendapat banyak publisiti untuk filem terbarunya dan juga telah mengatakan mengenai Tuhan dalam laporan Variety awal bulan ini.  Dia memberi penghargaan kepada Tuhan sebagai sebab hubungannya di layar skrin dengan bintang "Black Panther" Chadwick Boseman berlangsung dengan begitu baik. 

"Ianya mudah, dan saya boleh jelaskan kenapa. Saya rasa seperti ianya telah diatur oleh Tuhan," katanya. "Saya benar-benar rasa bahawa ini adalah sesuatu yang Tuhan lakukan. Sebelumpun saya bertemu dengannya, saya tahu bahawa dia akan berlakon sebagai abang saya." 

(Diterjemahkan daripada artikel The Christian Post bertajuk, "'Black Panther' Actress Letitia Wright Turned To Christianity When Acting Became Her Idol" yang ditulis oleh Christine Thomasos bertarikh 20 Februari 2018)