Selasa, 20 Februari 2018

Gereja Berbentuk Biola Dibuka Di Guandong, China


FOSHAN, China: Sebuah sidang jemaah Kristian di China telah mendedikasikan gereja barunya, yang berukuran lebih dari 120 kaki tingginya dan berbentuk seperti biola gergasi. 

Gereja Yanbu, yang digelar "gereja biola" kerana reka bentuknya, telah didedikasi secara rasmi pada 2 Januari 2016 di Foshan, Wilayah Guandong. 

Gereja Yanbu dengan salib terdiri
megah di puncak bangunannya

Bangunan 7 tingkat itu mengandungi tempat tinggal untuk pengkhutbah-pengkhutbah dan bilik-bilik tetamu untuk pelawat-pelawat. 

Rev Yu Qing, pegawai di gereja itu, telah disebut oleh China Christian Daily sebagai mengatakan reka bentuk gereja itu untuk mengingatkan tentang pentingnya latihan, satu bahagian yang penting baik dalam muzik ataupun Kekristianan. 


(Diterjemahkan daripada artikel UPI bertajuk, "Church Shaped Like A Giant Violin Opens In China" yang ditulis oleh Ben Hooper bertarikh 6 Januari 2016)