Gim Sohui (Sumber Foto Latar: Hannah Johnston/Getty Images AsiaPac) |
Seorang bintang luncur salji Korea Selatan, Gim Sohui (disebut Kim So-hee) menyedari bahaya yang terlibat dalam sukannya. Oleh itu setiap kali, sebelum dia memakai papan luncur saljinya, dia akan berdoa.
Dalam satu temuramah dengan akhbar Kukmin Daily, Sohui berkata doa membantu untuk menjadikan hatinya damai menjelang pertandingan.
"Saya di Darjah 6 di sekolah rendah apabila saya pertama kali menyertai pertandingan antarabangsa," dia memberitahu akhbar itu. "Untuk 40 hari sebelum pertandingan itu, saya menyertai doa awal pagi. Hati saya berasa begitu damai, dan saya menjadi berani. Sejak waktu itu, saya selalu berdoa sebelum pertandingan."
Sohui merupakan ahli pasukan Korea Selatan di Olimpik Musim Sejuk yang diadakan di Sochi, Rusia pada 2014, tetapi dia tidak dapat menamatkan acara slalom kerana konkusi selepas terhantuk kepala.
Kini dia kembali lagi untuk bertanding di hadapan peminat-peminatnya di negara asalnya.
Gim Sohui (Sumber Foto: Matt Roberts/Getty Images AsiaPac) |
Sohui telah menghabiskan dua pertiga daripada hidupnya meluncur salji, setelah mula menceburi sukan itu pada usia 7 tahun. Neneknya, Rev Jang Jin-seon, yang dulunya merupakan guru luncur salji di Yongpyong Ski Resort di Republik Korea, telah menggalakkanya mengambil bahagian dalam sukan itu.
Rev Jang telah mengasaskan Olympic Full Gospel Church di PyongCheang pada 2009. Dia berkata misinya adalah untuk menyebarkan Injil kepada pelajar-pelajar luncur saljinya.
Jang percaya bahawa kekuatan terbaik cucu perempuannya adalah Tuhan dan bakatnya yang telah diberikan oleh Tuhan.
Sohui tidak berimpian untuk mencapai kegemilangan dalam luncur salji Olimpik. Sebaliknya dia memberitahu Kukmin Daily bahawa dia mempunyai cita-cita lain dalam hidup.
"Saya berharap dapat membina karier saya selangkah demi selangkah supaya pada suatu hari saya dapat bertanding untuk menjadi seorang anggota International Olympic Committee (IOC) dan dapat menjelajah dunia dan menyebarkan Injil melalui sukan," jelasnya.