Nubuatan-nubuatan Perjanjian Lama yang digenapi sempena penyaliban Yesus dalam Injil Matius:
Seorang kawan karib akan mengkhianatinya (Mazmur 41:9)
Dia akan dijual untuk 30 keping perak: wang itu akan diberikan kepada tukang tembikar (Zakharia 11:12-13)
Yudas menerima 30 keping perak untuk mengkhianati Yesus; wang itu kemudiannya digunakan untuk membeli tanah tukang tembikar (Matius 26:14-15; 27:3-10)
Yudas menerima 30 keping perak untuk mengkhianati Yesus; wang itu kemudiannya digunakan untuk membeli tanah tukang tembikar (Matius 26:14-15; 27:3-10)
Domba-domba akan bertempiaran apabila gembala dipukul (Zakharia 13:7)
Murid-murid meninggalkan Yesus (Matius 26:31, 56)
Saksi-saksi palsu akan menuduh dia (Mazmur 27:12; 35:11)
Saksi-saksi palsu bersaksi menentang Yesus di hadapan Majlis Agama (Matius 26: 59-61)
Dia tidak akan membuka mulutya ketika ditindas (Yesaya 53:7)
Yesus tidak memberi jawapan kepada Pilatus apabila dituduh secara palsu (Matius 27:13-14)
Dia akan dicemuh, dipukul dan diludahi (Yesaya 50:6)
Yesus diludahi, dipukul, ditampar, dicemuh dan disesah oleh ketua-ketua imam, anggota-anggota Majlis Agama dan askar-askar (Matius 26:67-68; 27:26-31)
Dia akan diberikan cuka dan hempedu, sejenis ubat yang pahit (Mazmur 69:21)
Sebelum penyaliban, Yesus enggan meminum cuka dan hempedu; dia meminum cuka dan hempedu ketika tergantung di kayu salib (Matius 27:34, 48)
Dia akan mati di kalangan penjenayah (Yesaya 53:12)
Yesus disalibkan di antara dua pemberontak (Matius 27:38)
Pakaiannya akan dibahagikan dan jubahnya akan dijatuhkan undi (Mazmur 22:18)
Askar-askar membahagikan pakaian Yesus dengan membuang undi (Matius 27:35)
Musuh-musuh akan menghina dan mencemuhnya; dia akan menjadi tumpuan cercaan (Mazmur 22:6-8; 109:25)
Orang-orang mencemuh Yesus sementara dia tergantung di kayu salib (Matius 27: 39-44)
Allah akan meninggalkannya (Mazmur 22:1)
Yesus berseru dan menanya Allah mengapakah Allah meninggalkannya? (Matius 27:46)
Dia akan dikuburkan di kalangan orang kaya (Yesaya 53:9)
Tubuh Yesus telah dikuburkan dalam kubur seorang kaya, Yusuf dari Arimatea (Matius 27:57-60)