Ahad, 5 Mei 2024

Tahukah Anda... Kategori Buku-Buku Dalam Alkitab?

- The Chara Project

Perjanjian Lama dan Baru

Pembahagian utama yang digunakan untuk menyusun buku-buku dalam Alkitab adalah pembahagian di antara Perjanjian Lama dan Baru. Pembahagian ini adalah jelas dan mudah. Buku-buku yang ditulis sebelum masa Yesus dikumpulkan dalam Perjanjian Lama, manakala buku-buku yang ditulis selepas kehidupan dan pelayanan Yesus di bumi dikumpulkan dalam Perjanjian Baru. Terdapat 39 buku dalam Perjanjian Lama dan 27 buku dalam Perjanjian Baru.

Genre (Kategori atau Jenis Karya Sastera)

Pembahagian kedua adalah lebih kompleks kerana ianya berdasarkan genre sastera. Dalam Perjanjian Lama dan Baru, buku-buku itu disusun dengan sebegitu cara - buku-buku sejarah dikumpulkan bersama, buku-buku Injil dikumpulkan bersama, dan seterusnya. Genre sastera Alkitabiah dalam Perjanjian Lama termasuklah:

  • Taurat: Kejadian, Keluaran, Imamat, Bilangan dan Ulangan
  • Sejarah: Yosua, Hakim-Hakim, Rut, 1 Samuel, 2 Samuel, 1 Raja-Raja, 2 Raja-Raja, 1 Tawarikh, 2 Tawarikh, Ezra, Nehemia dan Ester
  • Sastera Hikmat: Ayub, Mazmur, Amsal, Pengkhutbah dan Kidung Agung
  • Nabi Utama: Yesaya, Yeremia, Ratapan, Yehezkiel dan Daniel
  • Nabi Kecil: Hosea, Yoel, Amos, Obaja, Yunus, Mikha, Habakuk, Zefanya, Hagai, Zakharia dan Maleakhi

Genre sastera yang berbeza dalam Perjanjian Baru adalah:

  • Injil: Matius, Markus, Lukas, and Yohanes
  • Sejarah Gereja: Kisah Para Rasul
  • Surat: Romans, 1 Korintus, 2 Korintus, Galatia, Ephesus, Filipi, Kolose, 1 Tesalonika, 2 Tesalonika, 1 Timotius, 2 Timotius, Titus, Filemon, Ibrani, Yakonus, 1 Petrus, 2 Petrus, 1 Yohanes, 2 Yohanes, 3 Yohanes, dan Yudas
  • Nubuatan: Wahyu

(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Learn Religions bertajuk "How the Books of the Bible Are Organized" yang ditulis oleh Sam O'Neal bertarikh 25 Jun 2019, manakala grafik di atas diambil dan diterjemah daripada artikel The Chara Project bertajuk "The Layout of the Bible")