Rabu, 12 April 2017

Bagaimanakah Kita Harus Respon Pada Keputusan Mahkamah Berkenaan City Harvest?


Inilah yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada pagi Jumaat (7 April):

  • Kong Hee: Hukuman penjaranya dikurangkan dari 8 tahun ke 3.5 tahun
  • Serina Wee: Dari 5 tahun ke 2.5 tahun
  • Tan Ye Peng: Dari 5.5 tahun ke 3 tahun dan 2 bulan
  • Chew Eng Han: Dari 6 tahun ke 3 tahun 4 bulan
  • John Lam: Dari 3 tahun ke 1.5 tahun
  • Sharon Tan: Dari 21 bulan ke 7 bulan

Dengan berita yang telah mula diterima mengenai pengurangan tempoh pemenjaraan selepas rayuan untuk mereka yang terlibat dalam kes City Harvest, kita rasa tergoda untuk mengucapkan pandangan kita yang tidak dikawal dan tidak ditapis. Adil? Tidak adil? Terima kasih Tuhan? Di manakah keadilannya?

Kita mesti belajar untuk menghargai pengadilan kerana Tuhan kita adalah Tuhan yang adil. Sudah tertulis di Yeremia 9:24: Bahawa kerana Tuhan itu benar, Dia juga adalah sepenuhnya adil

Tetapi terdapat sisi ketiga sifat-Nya dalam ayat yang sama yang perlu kita applikasikan dalam respon kita terhadap keputusan mahkamah: Dia adalah Tuhan yang memiliki kasih. 

Keadilan itu disampaikan dalam kasih. Untuk kebaikan kita sendiri, supaya kita dapat belajar dan menapis keluar apa-apa dari dunia ini yang tidak ada tempatnya dengan kita di syurga. 

Itulah sebabnya Dia telah menetapkan hakim-hakim di kalangan kita, dan telah memberi perintah kepada kita untuk mengikuti secara aman keputusan mereka (Roma 13:1), dengan andaian bahawa sistem kehakiman itu bebas rasuah. 

Sekarang inilah bahagian kita dalam prosesnya.

Tidak ada keadaan yang lebih menyedihkan daripada seorang saudara yang bersukacita atas penderitaan saudaranya. Itulah sebabnya proses kehakiman itu sudah wujud: Untuk memastikan bahawa mereka yang membuat pelanggaran diadili dengan saksama. 

Tidak ada yang lebih tidak diperlukan daripada panah-panah berapi daripada tembakan sahabat, kerana Tuhan tahu kita sudah cukup banyak pertempuran, tanpa perlu menghadapi lebih banyak lagi kemusnahan. 

Biarlah pencemuh itu mencemuh. Biarlah pembenci itu membenci. Itulah yang mereka akan lakukan menurut Yohanes 16:3. Tetapi orang yang matang harus belajar membezakan respon yang baik daripada respon yang jahat (Ibrani 5:13-14).

BAGAIMANAKAH ORANG KRISTIAN HARUS RESPON KEPADA KEPUTUSAN MAHKAMAH BERKENAAN CITY HARVEST?

Kita ada pengajaran daripada Galatia 6.

Saudara-saudara, jika seseorang didapati melakukan sesuatu kesalahan, kamu yang bersifat rohani pimpinlah dia ke jalan baik dengan lemah lembut, sambil menjaga dirimu, jangan sampai kamu turut tergoda. Tanggung-menanggunglah beban satu sama lain, dan dengan demikian laksanakan hukum Kristus. Jika seseorang menyangka dirinya mempunyai kelebihan sedangkan dia sebenarnya tidak mempunyainya, maka dia menipu dirinya sendiri. Setiap orang harus menguji kerjanya sendiri, supaya dia dapat bermegah atas apa yang ada pada dirinya sahaja, bukan berbanding dengan apa yang ada pada orang lain. (Galatia 6:1-4, AVB)

Berikut adalah tiga perkara utama untuk kita pertimbangkan dalam respons kita:

1. PEMULIHAN

Respon kita mestilah berdasarkan bagaimana ianya akan membantu orang yang telah terperangkap dalam pelanggaran. Apa pun respon yang lain yang ditujukan kepadanya adalah tidak membantu, tidak berbudi dan tidak perlu. Dari manakah kita mendapat kelemahlembutan untuk memandangnya dengan murah hati? Galatia 6 datang selepas Galatia 5 - petikan terkenal mengenai buah Roh Kudus. Kelemahlembutan mengalir daripada tubuh yang tertunduk sepenuhnya kepada Roh Kudus.   

Dan hakikatnya, kita diajar oleh Alkitab, kita dipanggil untuk melakukan lebih lagi: Bukan saja kita jangan menambahkan bebannya, tetapi kita menanggungnya bersama dengannya.

2. PENGUASAAN DIRI

Tahukah anda bahawa semasa di hadapan Para Hakim, Tan Ye Peng telah merayu kepada hakim untuk menambah hukuman penjaranya, jika kakitangan gereja, Serina Wee dan Sharon Tan, dapat dikurangkan hukuman mereka?

Itulah satu-satu peluangnya untuk merayu kesnya - satu-satunya peluang baginya mendapat hukuman penjara yang lebih ringan - dan dia gunakan peluang itu untuk orang yang lain. 

Kita semua memiliki suara di media sosial. Bagaimana kita menggunakannya akan membawa kesan. Adalah begitu mudah sekali untuk menerajang orang yang sudah tersungkur, dan juga gereja yang diwakilinya. Adakah kita secara sedar dan sengaja menahan racun dari keluar daripada perbendaharaan kata kita? Jika seseorang menganggap dirinya taat beribadat tetapi tidak mengekang lidahnya, maka ibadatnya sia-sia dan dia menipu diri sendiri. (Yakobus 1:26, AVB)

3. RENUNGAN (DAN PERTAUBATAN)

Jika seseorang menyangka dirinya mempunyai kelebihan sedangkan dia sebenarnya tidak mempunyainya, maka dia menipu dirinya sendiri.

Masalah dengan sifat yang menghakimi: ada balak di mata kita. Jangan hakimi orang lain, supaya kamu tidak dihakimi. Kerana sebagaimana kamu menghakimi orang, demikian jugalah kamu akan dihakimi. Ukuran yang kamu gunakan untuk mengukur akan digunakan terhadapmu. (Matius 7:1-2)

Jika ada sesuatu yang berfaedah dari kes ini, ianya adalah gereja-gereja dan pertubuhan-pertubuhan agama yang lain kini tahu bahawa mereka harus lebih ketat dan berdisiplin dalam penyimpanan akaun mereka. Ini adalah keadaan yang baik, dengan adanya undang-undang yang memastikan kita tidak bercela mahupun pada pandangan manusia.


Marilah kita memproses dengan matang apa yang perlu diproses di kalangan kawan-kawan, kelompok-kelompok sel, dan jemaat gereja. Berbicaralah secara objektif.  Nyatakan pengajaran yang kita perlukan. Tetapi janganlah mengutuk, jangan jadi batu sandungan, jangan menghina. Pendirian kita haruslah bahawa belas kasihan itu mengatasi pengadilan. (Yakobus 2:13)

Sebab daripada sikap kita yang saling mengasihi, semua orang akan tahu bahawa kita adalah murid-murid-Nya. Kesaksian kita sebagai gereja Tuhan - yang adalah kasih seperti juga Dia adalah keadilan dan kebenaran - haruslah bermula sekarang.

(Diterjemah daripada artikel Thirst bertajuk, "City Harvest Verdict: Ho Should We Respond?" yang ditulis oleh Edric Sng bertajuk 7 April 2017)