Rabu, 12 April 2017

Aktivis Peter Chong Yang 'Hilang' Kini Di Negara Thai, Kata IGP


KUALA LUMPUR: Peter Chong, bekas ahli majlis Petaling Jaya, telah menyeberangi sempadan Bukit Kayu Hitam ke Negara Thai pada hari dia dikatakan hilang. 

Polis hari ini telah mengesahkan rekod imigresen dan foto-foto menunjukkannya menyeberangi sempadan pada 6.30 pagi pada 7 April.

"Kami mempunyai rekod imigresen dan foto-foto menunjukkannya meninggalkan negara. Tidak ada rekod yang menunjukkannya kembali ke negara," kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. 

Dia sedang bercakap dengan wartawan selepas menghadiri perhimpunan bulanan polis yang telah dihos oleh Jabatan Siasatan Jenayah (CID). 

Khalid berkata polis sedang bekerjasama dengan pihak polis Thai untuk menyiasat motifnya meninggalkan negara. 

"Kami tidak tahu apa tujuannya untuk menunjukkan seolah-olah dia telah diculik. Tetapi jika niatnya adalah untuk mencetuskan panik dalam negara, polis akan mengambil tindakan terhadapnya.

"Saya berharap dia akan menghubungi keluarganya untuk memaklumi kepada mereka keadaannya."

Khalid juga menjelaskan bahawa polis hanya menyiasat satu daripada lima aktivis yang dikatakan telah diculik, di bawah Seksyen 365 untuk penculikan.

"Hanya kes Raymond Koh disiasat di bawah penculikan. Yang empat lagi, termasuk Chong, telah dikelaskan sebagai kes kehilangan kerana tiada bukti bahawa mereka telah diculik," katanya, sambil menambah bahawa tidak ada maklumat baru mengenai kehilangan Koh.

Koh, 62, telah diculik selepas sekumpulan lelaki menghentikan kereta Honda Accord berwarna peraknya di Jalan SS4B/10 di Petaling Jaya. 

Rakaman CCTV berkenaan penculikan Koh menjadi viral di media sosial, menunjukkan satu penculikan yang dijalankan secara profesional yang melibatkan lebih daripada 10 lelaki dalam tiga kereta SUV hitam.

Sebelum kenyataan Khalid, tanda tanya juga timbul mengenai kehilangan Chong. Chong telah memuatkan satu mesej penuh misteri di laman Facebooknya tidak lama sebelum kehilangannya.

(Diterjemah oleh SDP daripada artikel New Straits Times bertajuk, "'Missing' Activist Peter Chong Now In Thailand, Says IGP" yang ditulis oleh Teoh Pei Ying bertarikh 12 April 2017)