Peter Chong (kanan) dengan seorang pegawai polis di KLIA |
PETALING JAYA: Aktivis Peter Chong Fook Meng yang telah kehilangan sejak 5 April, sudah kembali dengan selamat kepada keluarganya setelah mendakwa diculik di Thailand.
Bekas anggota majlis perbandaran Petaling Jaya itu dilaporkan telah memberitahu polis bahawa dia telah diculik di Haadyai di mana dia telah pergi untuk menemui seseorang yang memiliki maklumat mengenai kehilangan Pastor Raymond Koh Keng Joo.
"Tetapi ketika dia sampai ke Haadyai, Chong berkata bahawa dia telah diculik dan dibawa ke Pattaya pula," Ketua Polis Kuala Lumpur, Pesuruhjaya Datuk Amar Singh berkata hari ini.
Berikutan pelepasannya oleh penculik-penculiknya di Pattaya, Chong menghubungi anaknya yang membelikan tiket penerbangan untuknya kembali ke rumah.
Chong, 54, tiba ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada lebih kurang 1 petang hari ini dan dengan serta-merta dibawa oleh polis untuk disoal siasat.
Sebelum itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah memuatkan di akaun Twitter dua foto aktivis sosial itu berpakaian seluar pendek dan baju T berwarna biru dipercayai diambil di Lapangan Terbang Antarabangsa KL.
"Syabas, Polis Kuala Lumpur. Peter Chong yang "kehilangan" sudah kembali dari Pattaya, petang in," begitu ditulis dalam mesej tweetnya.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohd Sukri Kaman berkata hari ini bahawa polis telah merekod kenyataan dari Chong di KLIA dan telah menyerahkannya kepada keluarganya di situ.
"Kami telah menyerahkannya kepada keluarganya pada 2.15 petang. Kami tidak membawanya ke Balai Polis Dang Wangi. Kami cuma merekod kenyataannya di lapangan terbang," katanya.
Usaha untuk menghubungi Chong atau keluarganya untuk ulasan tidak berjaya sehingga waktu penerbitan.
Pada minggu lepas, Khalid berkata polis telah mendapat foto-foto Chong menyeberangi sempadan di stesen pemeriksaan imigresen Bukit Kayu Hitam ke Negara Thai pada lebih kurang 6.30 pagi pada 7 April tetapi tidak ada rekod kembalinya ke Malaysia.
Oleh kerana laporan perisikan menunjukkan tidak ada unsur-unsur jenayah mengenai kehilangannya di sini, polis di sini telah memohon pertolongan pihak polis Thai untuk mengesan Chong.
Kehilangan Chong itu telah berlaku setelah penculikan Koh yang dilaporkan secara meluas, oleh sekumpulan lelaki semasa dia memandu di Jalan Bahagia, SS5 Petaling Jaya pada 13 Feb.
Chong, seorang peserta yang aktif dalam beberapa acara berlilin yang diadakan untuk Koh telah menulis di Facebook pada 31 Mac bahawa ketika dalam perjalanannya ke sarapan pagi, dia telah didekati oleh seorang penunggang muda motorsikal yang telah memberikannya amaran secara "bersahabat" mengenai orang-orang yang "kehilangan".
Dengan mesej yang telah dimuatkannya itu cuma beberapa hari sebelum dia "hilang", kehilangan Chong telah mencetuskan kebimbangan di kalangan kawan-kawan yang menyangka bahawa dia kemungkinan telah ditimpa nasib yang sama seperti Koh.
(Diterjemah oleh SDP daripada artikel The Sun bertajuk, "Peter Chong Claims He Went To Thailand To Obtain Information On Missing Pastor Raymond" yang ditulis oleh Ashwin Kumar bertajuk 16 April 2017)

Khalid juga mengesahkan kepada theSun bahawa Chong semasa disoal telah menceritakan insiden di Negara Thai yang telah membawa kepada "kehilangannya".