"Di tapak penggambaran porno pertama saya, kami memilih nama pentas saya, dan itu adalah Jenna Presley. Dan sejak dari masa itu, saya menjadi sangat terkenal dengan sangat cepat."
Brittni De La Mora hanya berusia 18 tahun ketika dia membintangi filem lucah pertamanya dan melancarkan kerjaya tujuh tahun dalam industri filem hiburan dewasa. Inilah kisahnya diterjemahkan daripada video CBN:
Saya telah dinamakan salah satu daripada 10 Bintang Porno Paling Hot Maxim, Saya ada di rancangan Jenna Jameson bertajuk "American Sex Stars" di TV Playboy.
Brittni telah mendapat permulaannya pada 2006. Pada waktu itu dia adalah pelajar tahun pertama di kolej dan merancang untuk menceburi kewartawanan penyiaran, dan adalah seorang penari di sebuah kelab tarian bogel di California. Manakala menari membantu pembayaran yuran pengajiannya, ianya juga telah memberikan Brittni perhatian yang sering dirindukannya.
Sorakan dan tepukan di situ membuat saya merasa bagus. Ianya membuat saya rasa dihargai sebab saya menjalani hidup dengan sering merasakan diri ditolak, sepertinya saya tidak cukup baik dan tidak dihargai.
Pada suatu malam di kelab itu, dua lelaki menanyakannya samada dia minat untuk melakukan perfileman porno. Pada hari berikutnya, dia berada di tapak penggambaran filem di sebuah kediaman di Los Angeles.
Brittni di studio penggambaran |
Dia dengan cepat hanyut dalam kehidupan seorang bintang porno, dan semua yang berkaitan dengannya - pujian daripada para penonton yang meminatinya, wang dan penghargaan.
Setiap kali saya mendapat suatu anugerah dalam industri itu, ianya membuat saya merasa saya telah mencapai sesuatu.
Tetapi tidak satu pun daripada benda-benda itu akan memenuhi keperluannya untuk kasih. Dengan setiap tahun yang berlalu, Brittni jatuh lebih jauh lagi dalam depresi.
Dan walaupun di muka umum, saya sentiasa senyum, tetapi di dalam hati saya rasa keperitan. Saya menangis dan saya tidak memberitahu sesiapa pun.
Brittni jatuh lebih jauh lagi dalam depresi |
Setiap hari dia menggunakan dadah untuk bertahan.
Saya fikir kalau saya dapat merasa "high", dan merasakan apa pun selain depresi, saya boleh sekurang-kurangnya melalui hari ini. Saya merasa teruk mengenai diri saya di hati. Saya membenci diri saya. Saya tidak dapat mengerti mengapa saya hidup. Saya tidak dapat faham mengapa saya hidup di dunia. Saya tidak ada tujuan yang sebenar. Saya akan bangun pagi, ambil dadah, ada hubungan seks, dapatkan cek gaji, dan beli lebih banyak dadah.
Dengan harapan dapat memecahkan lingkaran itu, Brittni bersetuju menghadiri kebaktian dengan datuknya. Dia berkata harapannya telah dipulihkan pada hari itu.
Itu adalah sesuatu yang saya telah hilang semasa bertahun-tahun dalam industri seks, dan dalam kehidupan saya telah kehilangan harapan, dan Yesus memberikan saya pengharapan. Jadi saya mengucapkan doa keselamatan pada hari itu dan saya diberikan sebuah Alkitab.
Tapi Brittni tidak balik lagi ke gereja selepas itu dan tidak terus melanjutkan imannya, dan kembali lagi ke industri seks.
Saya tidak tahu kebenaran. Saya sedang hidup dalam dosa dan kegelapan sebab cahaya belum lagi bersinar dalam hidup saya.
Lebih tiga tahun kemudian, ketika dia sedang berkemas untuk penerbangan ke Las Vegas untuk penggambaran filem, Brittni mendengar sesuatu.
Sebelum saya pergi ke lapangan terbang, saya mendengar suara Roh Kudus dan Dia berkata, "Bawalah Alkitabmu." Dia membawa Alkitabnya dan semasa penerbangan, dia mula membaca kitab Wahyu.
Dan pada waktu itu saya sedang membaca di Wahyu 2:20 dan Tuhan mulai berbicara kepada saya melalui ayat ini. Ianya menyatakan bahawa, "Aku ada sesuatu hal menentang engkau," Dia sedang berbicara kepada salah satu daripada gereja-gereja, "bahawa kamu membiarkan wanita ini yang bernama Izebel. Dia memimpin umat-Ku kepada percabulan seks. Aku telah memberikannya masa untuk bertaubat, dan jika dia tidak bertaubat, Aku akan membuangnya dan anak-anaknya ke dalam kesengsaraan yang dahsyat."
Dan saya mula menangis kerana saya menyedari pada ketika itu bahawa itu adalah Bapa saya di syurga sedang berbicara kepada saya mengenai bagaimana perasaan-Nya terhadap percabulan seks. Saya merasa insaf dan menyedari bahawa saya tidak harus melakukan apa yang saya sedang lakukan dan meminta keampunan daripada Tuhan. Saya mohon keampunan-Nya.
Brittni memutuskan segala hubungannya dengan industri porno dan mulai mencari Tuhan dan menjalani hidupnya untuk Yesus Kristus. Setahun kemudian dia bertemu dengan suaminya, Richard. Mereka kini memimpin satu pelayanan kepada orang dewasa muda, sambil Brittni berkongsi bagaimana pengampunan Tuhan dan kasih Tuhan yang tidak bersyarat telah mengubah hidupnya.
Melalui Kristus, saya dapat melihat diri saya dengan kasih. Sebab pertama kalinya dalam hidup saya, saya telah menemukan kasih yang sejati. Dan saya merasakan sungguh baik bahawa bukan sahaja Pencipta saya mengasihi saya, tetapi bahawa Dia dapat mengasihi saya selepas setiap kesilapan yang telah saya lakukan dalam hidup, selepas setiap dosa yang telah saya lakukan, selepas segala-galanya, Dia mengasihi saya melalui semuanya. Dan itu adalah kasih yang begitu besar yang saya dulunya tidak tahu wujud.
Brittni memutuskan segala hubungannya dengan industri porno dan mulai mencari Tuhan dan menjalani hidupnya untuk Yesus Kristus. Setahun kemudian dia bertemu dengan suaminya, Richard. Mereka kini memimpin satu pelayanan kepada orang dewasa muda, sambil Brittni berkongsi bagaimana pengampunan Tuhan dan kasih Tuhan yang tidak bersyarat telah mengubah hidupnya.
Brittni dan suaminya, Richard |
Tonton video kesaksian Brittni:
(Diterjemahkan daripada video CBN bertajuk, "Redeemning Jezebel" bertarikh 10 Jun 2016)