Pastor Edmund Kumar telah mulakan ruangan "Bah, ask a theological question" (Bah, tanyalah soalan teologia) di Instagram. Saya tergelak membaca beberapa jawapan ringkas Ps Edmund untuk soalan-soalan yang telah diajukan.
Saya paling suka jawapan Ps Edmund mengenai jodoh dan perkahwinan ini:
Soalan: tapi.. ada urg bilang kahwin lain agama perkara biasa. Kununnya.. Jodoh sudah. org cakapla. haha.
Jawapan: urg bilang bukan bermaksud Tuhan bilang.
----------------
Saya juga suka penjelasan Ps Edmund mengenai denominasi:
Soalan: Kenapa banyak betul dominasi kristian? Dan ada juga dominasi yg pretend dominasi dorg saja betul.
Jawapan: Biasalah... semua mahu betul. Illustrasi mudah: Ada banyak jenis bekas untuk Coca-Cola, tetapi isi kandungannya semua sama. Banyak denominasi kerana ada banyak expression (ekspresi) iman Kristian. Tuhan tidak menyekat ekspresi luaran! Tuhan kan kreatif.
----------------
Jika anda berminat membaca lebih banyak jawapan yang diberikan oleh Ps Edmund untuk persoalan hidup orang-orang Kristian, lawatilah Instagram atau Facebook Ps Edmund.
Mungkin anda juga mempunyai soalan yang memerlukan jawapan... bah, tanyalah soalan...