Isnin, 27 Februari 2017

Mencipta Ruang Untuk Tuhan - Henri Nouwen


Disiplin adalah sisi di sebalik pemuridan. Pemuridan tanpa disiplin adalah seperti menunggu untuk berlari dalam maraton tanpa pernah berlatih. Dispilin tanpa pemuridan adalah seperti sentiasa berlatih tanpa pernah mengambil bahagian. 

Bagaimanapun, ianya penting untuk menyedari bahawa disiplin dalam kehidupan rohani tidaklah sama dengan displin dalam sukan. Disiplin dalam sukan adalah usaha yang tertumpu untuk menguasai tubuh agar ianya dapat menuruti akal dengan lebih baik. Disiplin dalam hidup rohani adalah usaha tertumpu untuk mencipta ruang dan waktu di mana Tuhan boleh menjadi Tuan kita dan kita boleh respon secara bebas kepada pimpinan-Nya. 

Dengan itu, disiplin adalah penciptaan batasan yang memelihara ruang dan masa yang terbuka untuk Tuhan. Kesunyian memerlukan disiplin, penyembahan memerlukan disiplin. mengasihi orang lain memerlukan disiplin. Semuanya itu memerlukan kita mengasingkan suatu masa dan tempat di mana hadirat Tuhan yang penuh kasih dapat diakui dan diresponi. 

(Diterjemah oleh SDP daripada artikel Henri Nouwen bertajuk, "Creating Space For God" bertajuk 27 Februari 2017)