Gambar Hiasan sahaja (Foto dakwah.org) |
Oleh: ESTHER GOLINGI
Esther Golingi, Presiden
Perpaduan Anak Negeri
Sabah (PAN Sabah)
|
Seperti yang saya katakan beribu-ribu rakyat Sabah sedang berusaha mendapatkan identifikasi yang betul dan tepat dari Jabatan Pendaftaran Nasional (JPN). Identifikasi orang-orang kita adalah perkara yang membabitkan dasar kerajaan. Hanya Kerajaan Sabah dan pemimpin-pemimpin kita yang dapat menyelesaikan masalah ini.
Orang-orang kita tidak senang hati bahawa JPN kelihatan memiliki kuasa untuk menetapkan ke atas mereka identiti yang bertentangan kemahuan mereka. Rakyat Sabah telah diberi jaminan kebebasan agama yang sepenuhnya di bawah Perjanjian Malaysia 1963. Jaminan itu juga terukir di batu. Sebelum 1963, rakyat Sabah tidak pernah mengalami masalah identifikasi. Muslim dan bukan Muslim dapat berkahwin di hadapan Mahkamah Anak Negeri dan mendapatkan pendaftaran sivil untuk perkahwinan mereka. Tidak ada paksaan bahawa pasangan yang bukan Muslim harus masuk Islam. Tidak ada paksaan bahawa identiti pasangan Muslim diberi keutamaan untuk menentukan status agama anak-anak mereka.
Perjanjian Malaysia 1963 |
Bapa leluhur kita telah memberi amaran kepada kita mengenai kemungkinan penghakisan kebebasan agama kita sebelum pembentukan Malaysia. Masalah-masalah yang berasal dari Semenanjung tidak harus dibawa masuk ke sini. Kerajaan Sabah mempunyai hak untuk memperbetulkan sistem identifikasi untuk orang-orang kita.
Perkara yang terutama adalah ini - Kita mahu tahu sejauh manakah Kerajaan Sabah rela berjuang bagi hak rakyat Sabah untuk kebebasan beragama yang sepenuhnya seperti pra-Malaysia? Orang-orang kita berpegang kepada hak-hak kita di bawah Perjanjian Malaysia 1963. Negara kita adalah negara sekular. Ini adalah sifat semulajadi rakyat Sabah. Ini bukan berkenaan politik. Ini adalah kebenaran semata-mata dan keadilan perlu dapat dilihat dilaksanakan.
Di antara rungutan yang kami terima daripada orang ramai adalah seperti berikut:
1. Pertamanya, kemasukan beramai-ramai kepada Islam semasa zaman USNO/BERJAYA telah dijalankan dengan menipu daya orang-orang kampung. Ramai yang katakan bahawa mereka dipanggil untuk menerima "bantuan daripada kerajaan." Untuk mereka menerima bantuan ini, mereka disuruh menyerahkan kad pengenalan mereka. Ada yang menerima di antara RM30-RM50. Ada yang tidak mendapat apa-apa. Kemudiannya mereka mendapat tahu bahawa nama mereka telah dicatit oleh badan-badan agama Islam sebagai telah masuk Islam dan butir-butir dalam kad pengenalan mereka telah diubah.
Perubahan-perubahan itu termasuklah penambahan perkataan "Islam" atau perubahan nama kepada nama yang sebutannya seperti nama Islam atau kedua-duanya. Meskipun terdapat perubahan itu, mereka meneruskan cara hidup mereka - samada sebagai pagan atau Kristian. Mereka langsung tidak mengamalkan cara hidup Muslim. Mereka membesarkan anak-anak mereka sebagaimananya diri mereka. Namun begitu, JPN berkeras bahawa anak-anak mereka juga harus diidentifikasi sebagai Muslim juga. Ini berlanjutan kepada generasi-generasi yang seterusnya.
2. Keduanya, pegawai-pegawai JPN telah dengan salah (kemungkinan besarnya secara sengaja) memasukkan perkataan "Islam" di MyKad atau sijil beranak orang-orang bukan Muslim. Apabila mangsa-mangsa itu meminta pembetulan, mereka diarahkan untuk berurusan dengan MUIS dan/atau Mahkamah Syariah.
3. Ketiganya, salah seorang atau kedua-dua ibu bapa telah masuk Islam selepas kelahiran anak-anak tetapi tidak pernah membesarkan anak-anak sebagai Muslim. Anak-anak meneruskan cara hidup mereka dan mengamalkan kepercayaan asal mereka. JPN akan memasukkan perkataan "Islam" di MyKad anak-anak itu. Anak-anak itu kemudian dikehendaki mengikuti "Kelas Agama" di sekolah.
4. Keempatnya, memasuki Islam kerana perkahwinan. Pasangan yang bukan Muslim mesti masuk Islam jika dia ingin berkahwin dengan seorang Muslim. Ini tidak pernah menjadi persyaratan sebelum pembentukan Malaysia. Orang-orang kita mahu dasar ini dihentikan.
5. Kelima, orang-orang kita mahukan hak untuk memilih secara bebas. Kepercayaan agama adalah berkenaan soal hati. Bukan tertakluk kepada JPN atau mana-mana pihak berkuasa Kerajaan.
- Esther Golingi adalah Pengerusi, Perpaduan Anak Negeri Sabah (PAN SABAH)
(Diterjemah daripada artikel Borneo Today yang bertajuk, "Mass Conversions Then Were Done Through Trickery, Alleges PAN Sabah" yang ditulis oleh Esther Golingi bertarikh 25 Februari 2017)
4. Keempatnya, memasuki Islam kerana perkahwinan. Pasangan yang bukan Muslim mesti masuk Islam jika dia ingin berkahwin dengan seorang Muslim. Ini tidak pernah menjadi persyaratan sebelum pembentukan Malaysia. Orang-orang kita mahu dasar ini dihentikan.
5. Kelima, orang-orang kita mahukan hak untuk memilih secara bebas. Kepercayaan agama adalah berkenaan soal hati. Bukan tertakluk kepada JPN atau mana-mana pihak berkuasa Kerajaan.
- Esther Golingi adalah Pengerusi, Perpaduan Anak Negeri Sabah (PAN SABAH)
(Diterjemah daripada artikel Borneo Today yang bertajuk, "Mass Conversions Then Were Done Through Trickery, Alleges PAN Sabah" yang ditulis oleh Esther Golingi bertarikh 25 Februari 2017)