Alkitab Versi Borneo (AVB) kini boleh didengar secara audio melalui applikasi Bible.is. Applikasi itu boleh dimuat turun secara percuma daripada kedua-dua Google Play dan App Store (untuk semua pengguna telefon dan gajet Android serta iPhone/iPad).
Bible.is yang dihasilkan oleh Faith Comes By Hearing adalah applikasi yang menyediakan Alkitab secara teks dan audio untuk 1,249 bahasa meliputi pelbagai terjemahan Alkitab termasuklah kini Alkitab Versi Borneo.
Satu ciri khas applikasi ini adalah pembacaan Alkitabnya secara didramakan. Watak-watak dalam Alkitab menjadi lebih hidup dan menarik lagi dengan pembacaan yang didramakan ini.
Anda boleh mendapatkan audio untuk AVB dengan 3 langkah mudah berikut:
1. Dapatkan App Bible.is daripada Google Play atau App Store.
2. Di bawah Languages, pilih "Malay" untuk Alkitab Versi Borneo.
3. Klik di ikon audio, untuk mendengar pembacaan dari AVB.
Itu saja yang anda perlu lakukan!
Anda memerlukan akses internet untuk mendengar Audio AVB ini. Versi off-line untuk Audio AVB juga telah dihasilkan - tetapi ianya perlu dikongsi dari telefon ke telefon, mengikut satu set arahan.
Versi Off-Line yang disediakan oleh Bible.is termasuklah:
- Alkitab Versi Borneo
- Alkitab Iban
- Alkitab Kadazan
Dapatkan applikasi audio AVB hari ini! Kongsikan berita baik ini dengan kawan-kawan anda!