Saya terbaca dua soalan yang menarik ini daripada Facebook Sanggam Manalu semalam.
1. Apakah singa yang sedang tidur adalah binatang buas?
2. Apakah singa yang baru lahir adalah binatang buas?
Apakah pendapat anda?
Inilah jawapan oleh Sanggam Manalu yang dimuatkan di Facebooknya pada hari ini:
Jadi begini,
Kalau dosa adalah setumpuk perbuatan jahat,
Maka dosa dapat diselesaikan dengan setumpuk perbuatan baik.
Masalahnya "dosa" tidak sesederhana itu.
Dosa bukan mengenai perbuatan jahat, sebab perbuatan itu sendiri adalah
merupakan manifestasi dosa sebetulnya...
Dosa (orang berdosa) adalah status, naluri, mengalir dalam darah.
"Semua orang telah berdosa dan telah kehilangan kemuliaan ALLAH"
Tidak ada satu orangpun yang dapat mengubah statusnya dari
orang berdosa menjadi orang benar.
Singa buas bukan kerana singa menerkam kambing. Tapi singa
menerkam kambing kerana ia buas. Kita berdosa "bukan" kerana kita
mencuri, kita mencuri kerana kita orang berdosa.
Hanya Anugerah Allah yang dapat menjadikan kita menjadi
"orang benar" (dibenarkan)