Jumaat, 4 Ogos 2017

Bintang NFL Dengar Suara Tuhan Dan Selamatkan Tiga Nyawa


Derek Carr, pemain quarterback untuk Oakland Raiders yang memenangi anugerah, sedang dengan aman menikmati kebaktian gereja apabila Tuhan memanggilnya dengan suara kedengaran. 

Dia berkata pada waktu itu panggilan mimbar sedang dijalankan apabila Roh Kudus memberi kepadanya suatu kata pengetahuan yang sangat berkuasa. 

"Roh Kudus memberitahu saya bahawa seseorang di sini akan membunuh diri jika kamu tidak mengatakan apa-apa," Carr berkata dalam satu video Facebook yang telah mendapat lebih daripada 900,000 tontonan di laman Holy Spirit Lifestyle.




Carr tidak respon serta-merta tetapi mula mempersoalkan samada dia benar-benar telah mendengar suara Tuhan. 

Dia berfikir dalam dirinya, "Adakah saya betul-betul akan berdiri di situ sambil pastor itu sedang memberikan panggilan mimbar dan berkata, 'Hai, ada seorang yang akan membunuh diri,' dan tiada orang datang ke depan? Ianya memerlukan ketaatan yang banyak untuk berdiri di situ dan melakukan itu."

Carr membuat keputusan untuk mentaati dan pergi ke ruang depan gereja dan memberitahu para hadirin bahawa dia tahu ada seorang yang sedang merancang untuk bunuh diri pada malam itu. 

"Ada seorang di sini, hidup begitu sukar, sehingga kamu ingin mengambil nyawa sendiri dan bunuh diri pada malam ini," Carr mengingati apa yang telah dikatakannya. "Saya di sini untuk memberitahu kamu bahawa Yesus mengasihimu, bahawa saya mengasihimu, dan bahawa Dia mempunyai rancangan untuk hidupmu."

Dan tentu saja, seorang lelaki di mimbar menunjuk kepada dirinya. 

"Dia datang ke depan dan dia menangis teresak-esak berdiri di situ," Carr berkata.

Sambil mereka berdua berdoa bersama, seorang lelaki lain memberitahu adik Carr bahawa dia juga sedang merancang bunuh diri pada malam itu dan minta didoakan.

Acara itu berakhir kemudiannya, dan Carr sedang bersiap untuk pulang apabila lelaki yang ketiga mendekatinya dan mengakui bahawa dia juga sedang merancang untuk mengambil nyawanya sendiri.

"Saya tak pernah bertemu dengan tiga orang itu dalam hidup saya dan saya cuma memberitahu mereka betapa saya mengasihi mereka, betapa Tuhan mengasihi mereka, betapa Yesus mengasihi mereka." 

Manakala ada orang yang mungkin menganggap apa yang berlaku pada malam itu sebagai luar biasa, Carr berkata ianya ringkas sahaja.

"Yang saya lakukan hanyalah mentaati," begitulah kesimpulannya.

(Diterjemah oleh SDP daripada artikel CBN News bertajuk, "Meet The NFL Quarterback Who Heard The Voice Of God And Saved Three Lives" yang ditulis oleh Emily Jones bertarikh 2 Ogos 2017)