Jumaat, 4 Ogos 2017

9 Caranya Kerja Adalah Berkat


5 Ogos adalah "Work Like A Dog Day" (Hari Bekerja Kuat). Kadangkala kita memikirkan mengenai kerja dan hanya dapat melihat semua yang negatif, tetapi ada banyak berkat kita boleh dapat dalam bekerja kuat jika kita mencarinya:

1. Kerja memberikan keperluan asas kita. Ianya memberi kita tempat tinggal, makanan di atas meja dan pakaian di tubuh kita. 

2. Kadangkala ianya memberi kita benda-benda tambahan - seperti membeli sesuatu yang istimewa untuk suami atau isteri atau anak-anak kita atau mengambil cuti yang telah lama ditunggu ke lokasi yang eksotik.

3. Ianya membolehkan kita untuk memberi kepada orang-orang yang memerlukan bantuan, samada ianya seorang ibu tunggal yang bergelut untuk mencari nafkah yang mencukupi atau warga-warga emas yang perbelanjaannya melebihi pendapatan bulanan mereka. 

4. Bekerja kuat membolehkan kita untuk memberi persepuluhan. Memang pun, semua yang kita ada datang dari Tuhan. 

5. Kerja membantu kita menderma kepada misi tempatan dan luar negeri. Dana itu mungkin akan membantu sebuah pusat remaja menyelamatkan para remaja daripada tersesat di jalanan, atau ianya mungkin memberikan makanan dan pakaian untuk sebuah rumah anak yatim yang jauh di seberang laut. 

6. Bekerja kuat membuat kita rasa puas. Kita merasa bangga melihat hasil usaha kita, dengan kesedaran bahawa kita telah membawa perubahan. 

7. Bekerja kuat menjadikan kita teladan yang baik kepada anak-anak dan cucu-cucu kita.

8. Kerja mengeratkan hubungan antara keluarga, kawan-kawan dan rakan-rakan sekerja - ianya lebih menceriakan apabila kita bekerja bersama. 

9. Bekerja bererti kita ada sesuatu untuk dilakukan dan bahawa kita memiliki keupayaan fizikal dan mental untuk melakukannya.

Hari ini adalah waktu yang amat baik untuk maju ke hadapan dengan tugas-tugas yang Tuhan telah berikan kita. Formula yang terbaik untuk kejayaan adalah Kolose 3:23, "Apa pun juga yang kamu perbuat, perbuatlah dengan segenap hatimu seperti untuk Tuhan dan bukan untuk manusia."

(Diterjemah oleh SDP daripada artikel Guideposts bertajuk, "9 Ways Work Is A Blessing" yang ditulis oleh Michelle Cox bertarikh 2 Ogos 2017)