Sabtu, 27 Jun 2020

Perkara-Perkara Kecil: Mengapa Anda Harus Merayakan Kemenangan-Kemenangan Kecil Dalam Hidup


Kita telah dibiasakan untuk merayakan mercu-mercu tanda dan pencapaian-pencapaian besar, dan memperkecilkan kemenangan-kemenangan kecil di sepanjang perjalanan. Namun begitu, jika kita tidak memperakui kemenangan-kemenangan kecil itu, ianya akan menjadikannya lebih sukar untuk merayakan - mahupun benar-benar menghargai - kemenangan-kemenangan yang lebih besar.

Sains Perihal Kemenangan 

Kemenangan-kemenangan kecil itu, tak kira betapa kecil, ada di situ untuk mengekalkan anda terus bermotivasi untuk jangka panjang. Menjejak kemenangan-kemenangan kecil itu membantu menambahkan keyakinan anda dengan mengaktifkan jalinan ganjaran dalam otak anda. Ini melepaskan bahan-bahan kimia "menceriakan" yang memberi semangat, seperti dopamine, yang akan mengisi anda dengan rasa bangga dan pencapaian. 

Bukan sahaja ini memberi anda suatu perasaan yang enak, tetapi ianya juga akan mendorong anda untuk meneruskan usaha dan membina di atas momentum itu.

Mengapa Anda Harus Merayakan Kemenangan-Kemenangan Kecil

Ramai orang tidak selesa untuk merayakan kemenangan-kemenangan kecil mereka. Mungkin kelihatan remeh untuk merayakan sesuatu yang kelihatannya tidak penting seperti membungkus makanan tengahari yang sihat, umpamanya.

Namun begitu, anda bukan semestinya merayakan pencapaian itu sendiri; anda sedang merayakan tabiat anda. Anda sedang merayakan tingkah laku anda yang baik dan peribadi yang anda sedang semakin menjadi. Jika anda tidak berhenti sejenak untuk menghargai kemenangan-kemenangan kecil anda - jika anda hanya bergegas dari satu tugasan ke satu tugasan lain - ianya lebih mudah menjadi kepenatan dan hilang motivasi. 

Kemenangan-kemenangan kecil berbeza dari seorang ke seorang, dan apa yang kelihatan kecil bagi anda mungkin sangat besar bagi orang lain. Jadi ambilah waktu untuk berhenti sejenak dan merasa bagus dengan apa yang anda baru saja mencapai. Apabila anda menunjukkan penghargaan kepada kemenangan-kemenangan kecil anda, anda menunjukkan penghargaan kepada diri anda juga. 

Bagaimana Untuk Merayakan Kemenangan-Kemenangan Kecil

Rayakanlah perjalanan anda. Berikut 5 tip untuk melakukannya:

1. Rasa Teruja

Dengan setiap kemenangan kecil, anda semakin dekat dengan matlamat anda. Biarlah itu menjadikan anda teruja! Jangan simpan keterujaan anda hanya untuk perkara-perkara "besar"; rayakanlah setiap langkah yang anda ambil. Nikmatilah kemenangan anda, dan bergembiralah.

2. Berilah Ganjaran Pada Diri Anda

Setiap pencapaian, tak kira kecil atau besar, layak diberi ganjaran. Samada ianya adalah memasak hidangan kegemaran anda, menonton filem yang menarik, membeli pakaian baru, anda harus mengambil waktu untuk memberi ganjaran kepada diri anda. 

3. Kongsikan Kemenangan Anda

Berbanggalah atas pencapaian anda, dan menceritakannya dengan kepuasan dan penuh semangat. Apabila anda mengucapkan secara lisan kemenangan-kemenangan anda, anda sedang mengukuhkannya, dan ini memberi anda motivasi untuk meneruskan lagi. Berkongsi mengenai kemenangan anda mungkin juga akan memberi inspirasi kepada orang-orang lain untuk mencapai matlamat mereka juga - jadi semua orang juga akan menang. 

4. Hargai Masa Kini

Walaupun anda sedang mengejar matlamat masa hadapan, jangan lupa menghargai masa kini. Waktu-waktu inilah yang menentukan masa depan anda, jadi pastikan untuk memenuhinya dengan kemenangan-kemenangan kecil dan keterujaan.

5. Perhatikan Tabiat-Tabiat Anda

Gunakan penjejak tabiat, seperti The Fabulous, untuk memperhatikan tabiat-tabiat harian anda dan menilai kemajuan anda. Melaksanakan dengan konsisten tabiat-tabiat anda akan meletakkan anda dalam perjalanan mencapai matlamat-matlamat anda. Tabiat-tabiat anda yang akan menolong anda menang, oleh itu jadikan kemenangan suatu tabiat!

Merayakan Kejayaan

Sambil anda berusaha ke arah mencapai matlamat-matlamat anda, selalu ingat untuk mengakui sejauh mana yang anda telah maju. Jadikan tabiat untuk merayakan setiap kejayaan kecil. Kemenangan-kemenangan kecil anda bila dikumpulkan akan menjadi sesuatu yang besar. Satu cara mudah untuk mengingati adalah dengan mengizinkan Fabulous memperingatkan anda! Tambah "Celebrate" kepada amalan harian anda hari ini (dan pastikan untuk merayakan inisiatif anda melakukannya!).

(Nota Admin: Blog domba2domba kini sudah mendapat 7,777,633 pageview. Dalam beberapa jam lagi akan mencapai 7,777,777 pageview dan adalah alasan untuk merayakan satu lagi kejayaan kecil!)

(Diterjemahkan dari artikel Fabulous bertajuk, "All The Small Things: Why You Should Celebrate The Little Wins In Life")