Khamis, 25 Jun 2020

Apakah Erti Kristus?


Oleh Pastor Meta Morphoo:

1. Kalimat “mesias”, berasal dari bahasa Ibrani מָשִׁיחַ, mashiah

2. Ia membawa maksud Yang Diurapi atau Yang Dilantik atau Yang Dipilih

3. Kemudiannya, kalimat “mesias” diterjemahkan kepada bahasa Yunani χριστός, dengan kata chrīstós.

4. Ini pula ditransliterasikan kepada Bahasa Inggeris sebagai Christ dan ditransliterasikan kepada BM-Indon, “Kristus”.

5.  Kata “Mesias” atau “Kristus” adalah satu gelaran, dan bukan nama orang.

6. Jadi apabila kita menggunakan kalimat “Yesus Kristus” atau dalam Bahasa Ibrani “Yeshua Hamashiah” ia bererti “Yesus, Sang Mesias”.

7. Kerana nama “Yesus” adalah sangat popular pada abad yang pertama, maka perlu dibezakan daripada yesus-yesus yang lain – maka Dia dipanggil, Yesus, Sang Kristus.

-------------------

Lukas 4:17-21:

Kitab Nabi Yesaya diberikan kepada Yesus dan Dia membuka kitab itu untuk membaca ayat yang tersurat:

"Roh Tuhan ada pada-Ku kerana Dia telah mengurapi Aku untuk memberitakan khabar baik kepada orang miskin; Dia telah mengutus Aku untuk mengumumkan pembebasan kepada orang tawanan, penyembuhan kepada orang buta, kelepasan bagi orang yang tertindas, dan mengisytiharkan tahun keredaan Tuhan!”

Yesus menutup kitab itu dan memulangkannya kepada petugas lalu duduk. Mata semua orang di dalam saumaah itu tertumpu kepada-Nya. Yesus mula berucap kepada mereka, “Pada hari ini ayat Kitab Suci ini telah terlaksana ketika kamu mendengarnya.”

KPR 9:22:

Semua orang Yahudi di Damsyik tercengang apabila dia menyatakan bahawa Yesus itu Kristus.