Matius 1:21
Namakanlah anak itu Yesus. Dia akan menyelamatkan umat-Nya daripada dosa mereka.
KPR 4:12
Tiadalah penyelamatan melalui sesiapa yang lain, kerana tiada nama lain [kecuali nama Tuhan Yesus] di bawah langit ini diberikan dalam kalangan manusia, yang dapat menyelamatkan kita.
Roma 10:13
“Sesiapa yang menyeru nama Tuhan [Yesus] akan diselamatkan.”
------------
1. Nama “Jesus” berasal dari Bahasa Ibrani, יְהוֹשֻׁעַ (Yĕhōšuă‘, Yosua) atau disingkatkan dalam Bahasa Aram יֵשׁוּעַ (Yēšûă‘).
2. Yosua bererti “Yahweh yang menyelamatkan” atau “Keselamatan adalah dari Tuhan”
3. Namun, Bahasa Yunani tidak ada huruf yang sama dengan Ibrani, maka dialihaksara [transliterasi] kepada Ἰησοῦς (Iēsoûs), [Bukan J tapi I]
4. Kalimat “Iesous” kemudiannya dialihaksara kepada Bahasa Latin, “Iesus”
5. Dan dari Latin ditransliterasi kepada Bahasa Inggeris dan menjadi “Jesus”.
6. Lalu, “Jesus” ditransliterasi kepada BM-Indon “Yesus”.
-----------
Nota Tambahan:
1. Pencerobohan Norman pada tahun 1066 TM telah
memperkenalkan huruf “J” kepada orang Inggeris.
2. Pada
waktu itu, orang Inggeris menggunakan huruf “I” dan tidak wujud “J” dalam
Bahasa mereka.
3. Selepas
lebih dari 300 tahun penggunaan, orang Inggeris mula menerima perubahan nama
yang bermula dengan “I” dan “Y” kepada “J”, yang dianggap lebih macho.
4. Nama-nama
seperti “Iames” berubah kepada “James”; “Iakob” menjadi “Jacob”; dan Yohan
menjadi “John”.