Selasa, 23 Jun 2020

Doa "Bapa Kami" - Lagu Baru Yang Bakal Dilancarkan!

Untuk sekian lama, doa ‘Bapa Kami’ yang ada dalam Alkitab (Matius 6:9-13) mengajar kita untuk berdoa. Petikan ini menjadi suatu pengajaran yang penting di gereja di mana pelbagai pelayanan menggunakannya – sama ada untuk pengajian Alkitab, pengajaran sekolah minggu mahupun lafazan ketika beribadah. Petikan ini juga menjadi doa asas kepada mereka yang tidak mengenali Tuhan dan ingin berdoa kepada Maha Kuasa untuk membantu mereka dalam kehidupan.

Terdapat banyak variasi dan lagu untuk doa ‘Bapa Kami’ di dalam dunia. Yang sering digunakan oleh gereja Bahasa di Malaysia adalah versi Indonesia di mana banyak perkataan negara jiran digunakan. Ini mungkin menyukarkan pemahaman untuk petikan Firman ini. Ramai yang tertanya-tanya bilakah Malaysia akan mempunyai versi lagu ini dalam Bahasa Melayu.


Bagi produser yang mengendalikan produksi lagu ini, Gina Yap Lai Yoong, lagu Doa ‘Bapa Kami’ yang bakal dilancarkan pada 1 Julai 2020 adalah tepat dan sesuai untuk masa keemasan ini. Lagu ini diberi oleh Tuhan tepat pada waktunya kepada Malaysia supaya kita sebagai anak-anak Malaysia boleh menyembah-Nya dalam bahasa kebangsaan kita. Lagu baru ini juga dapat digunakan menerusi pelbagai program dan acara supaya kita lebih rapat dengan Tuhan dalam perjalanan rohani kita. 

(Video lagu Doa "Bapa Kami" akan disiarkan 1 Julai 2020, 8.30 malam)

“Pelbagai bahan akan disediakan untuk membolehkan gereja-gereja menggunakan lagu ini dalam pengajaran doa ‘Bapa Kami’. Antaranya termasuklah perkongsian carta dan skor lagu, bahan aktiviti mewarna untuk kanak-kanak dan akses kepada lagu menerusi lebih daripada 20 platform audio digital,” kata Gina Yap. “Tim pelayanan kami berharap lagu ini akan menjadi berkat kepada negara dan seluruh dunia.”

Mari kita bersama-sama mendukung lagu ini pada 1 Julai 2020 di saluran YouTube: https://youtu.be/F24aP1Vh4Hc pada 8:30pm. 

Untuk perkembangan lanjut mengenai lagu baru Doa ‘Bapa Kami’, sila ikuti #MYWorshipCollective di laman Facebook Malaysian Worship Collective (www.facebook.com/MYWorshipCollective).

(Dipetik daripada artikel Asian Beacon bertajuk, "The Launch of Doa 'Bapa Kami' - A New Song In BM")