Jumaat, 28 Januari 2022

Fokus Yang Membawa Kejayaan


Hari ini saya berhadapan dengan pelbagai kerja dan tugasan. Sehingga terfikir dalam benak saya - seperti orang yang berhutang di sekeliling pinggang, saya pula sedang berhadapan pelbagai tugasan di sekeliling pinggang. Saya tak dapat fikir yang mana harus dilakukan dahulu.

Tiba-tiba saya teringat akan prinsip ini - fokus kepada satu perkara dahulu, dan fokus kepada hari ini.

Fokus Sehari Demi Sehari

Apabila saya mengingat balik kepada penciptaan langit dan bumi, saya menyedari bahawa Allah telah menciptakannya dalam masa 6 hari (Kejadian 1). Dia tidak menciptakannya dalam tempoh sehari sahaja, Dia menciptakannya sehari demi sehari sehingga selesai penciptaannya.

Begitu juga untuk diri saya, saya perlu menjalankan tugasan saya sehari demi sehari. Ada banyak kerja yang tidak dapat disiapkan dalam sehari. tetapi jika saya mengfokus untuk menyiapkan tugasan untuk hari ini, dan selanjutnya untuk hari esok dab berikutnya, lambat laun saya akan menyelesaikan segala pekerjaan saya. 

Fokus Seperkara Demi Seperkara

Saya juga mengingati bagaimana Allah telah menciptakan sesuatu yang berbeza pada setiap hari. Pada setiap hari Allah menciptakan sesuatu yang berlainan.

Oleh itu saya harus mengfokus kepada satu perkara demi satu perkara. Kalau saya mengfokus kepada semua perkara pada sesuatu  masa, saya akan menjadi binggung dan tak dapat berfungsi. 

Belajar Mengfokus

Selepas mendapat dorongan dari ingatan akan prinsip ini, saya mula melakukan satu perkara demi satu perkara hari ini.

Bermula dengn menghubungi seorang rakan melalui Whatsapp mengenai jadual aktiviti. Selepas itu saya menghubungi seorang rakan lain mengenai perubahan jadual. Semuanya berjalan baik. Akhirnya saya dapat mengatur jadual dengan teratur untuk tiga rakan. 

Saya juga sempat membalas satu emel, untuk mengucapkan terima kasih atas pertolongan seorang kawan yang telah menghantar dengan pantas suatu fail yang saya perlukan.

Saya juga sempat meminta maaf kepada seorang kawan baru melalui WhatsApp, seraya menangguhkan suatu urusan dengannya sehingga selepas Tahun Baru Cina.

Walaupun secara pandang, semua perkara itu kelihatan tidak sukar, tetapi apabila digabungkan bersama, ianya membuat hati saya rimas. Tak mudah mengubahkan jadual untuk dua atau tiga orang yang berbeza. Tidak mudah juga untuk meminta maaf dan menangguhkan sesuatu urusan yang sedang diharapkan oleh seorang kawan.

Tetapi selepas melakukan satu persatu semua urusan itu, hati saya menjadi ringan kembali.

Saya sempat lagi membantu isteri saya mencetakkan suatu logo untuk kegunaannya di tempat kerja. 

Seperkara demi seperkara dan sehari demi sehari melegakan hati dan menjadikan saya lebih berkesan dalam menyiapkan tugasan-tugasan saya. 

Ada perkara lagi yang saya belum selesai lakukan hari ini. Tetapi saya bersiap untuk melakukannya esok!

Sehari Demi Sehari dan Seperkara Demi Seperkara, 

Menjadikan Aku Lebih Aman dan Berkesan!