Selasa, 9 Mei 2017

3 Pelajaran Dari Yusuf: Berjalan Dalam Tujuan Tuhan Bagi Kita


Salah satu lelaki kegemaran saya dalam Alkitab adalah Yusuf.

Saya suka Yusuf sebab dia menunjukkan iman kuat di tengah-tengah pencubaan dan kesukaran besar dalam jalan menuju tujuan hidupnya. Banyak yang dapat kita pelajari mengenai proses menghidupi tujuan kita melalui kisah Yusuf. 

Saya ingin kongsikan beberapa pelajaran itu yang anda dapat dengan mudah applikasikan dalam hidup anda sambil anda berusaha menghidupi tujuan Tuhan untuk anda. 

1. Elakkan untuk berkongsi visi anda dengan setiap orang.

Satu perkara kunci yang boleh dipelajari dari kisah Yusuf adalah pentingnya untuk anda menjaga visi anda. 

Walaupun anda ingin semua orang merasa gembira untuk anda, kenyataannya adalah bukan semua orang ingin melihat anda berjaya. Banyak kali, jika anda tidak berwaspada, musuh akan menggunakan mereka yang paling dekat kepada anda untuk tidak mendorong anda dan untuk mengalihkan anda daripada apa yang Tuhan panggil anda lakukan. 

Dapatkan hikmat Tuhan untuk kongsikan visi anda agar anda mendapat dorongan dan pedoman bagaimana untuk maju ke hadapan.

2. Pelihara integriti anda sewaktu diuji.

Apabila Tuhan mula membuka pintu untuk anda berjalan dalam tujuan anda, anda akan diuji. Kunci kepada lebih perkenanan dan lebih pintu yang terbuka adalah untuk memelihara integriti anda. Tidak ada apa pun dalam hidup ini yang lebih bernilai daripada tujuan Tuhan dalam hidup anda. 

Isteri tuannya cuba menggoda Yusuf tetapi yang Yusuf paling takut adalah melakukan sesuatu yang tidak menyenangkan Tuhan. 

Anda akan diuji, tetapi anda mesti bertekad untuk memelihara integriti anda walau apa pun. 

3. Jangan izinkan keadaan anda menenggelamkan tujuan anda.

Saya begitu suka Yusuf sebab dia bertekad untuk berjaya walau apa pun keadaannya. 

Selepas isteri tuannya menfitnahnya, dan dia dihumban ke penjara, dia masih terus berjalan dalam tujuannya. 

Tuhan memanggil Yusuf untuk menjadi seorang ketua, jadi tidak kira ke manapun dia pergi, dia membawa perkenan Tuhan bersamanya. Dia tidak berjalan dengan hati yang kecewa kerana itu adalah bertentangan dengan tujuan Tuhan dalam hidupnya. Dia terus membenarkan karunia yang dimilikinya membuka pintu baginya, dan itulah yang membebaskannya pada akhirnya, dan melonjakkannya ke dalam pernyataan penuh tujuan Tuhan baginya. 

Apabila anda membuat keputusan untuk tidak mengizinkan keadaan anda untuk menenggelamkan tujuan anda, Tuhan akan memberi anda kejayaan besar seperti yang diberikannya kepada Yusuf.  

(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel The Praying Woman bertajuk, "3 Lessons Joseph Teaches Us About Walking In Our Purpose" yang ditulis oleh Erica Wyatt)