Para peserta pusingan akhir termasuk Tilghman, yang dilatih oleh hakim Blake Sheldon; Thunderstorm Artis, yang dilatih oleh Nick Jonas; dan Toneisha Harris, juga dilatih oleh Sheldon.
Tilghman dikelilingi oleh isterinya yang telah bernikah dengannya selama 21 tahun, Brooke, dan lapan anak mereka, dengan beberapa orang anaknya menangis ketika ayah mereka diumumkan juara.
Setelah Tilghman menyanyikan "I Can Only Imagine," hakim Kelly Clarkson cuba menahan balik air mata sambil berkongsi pandangannya:
"Kamu sungguh mengharukan, dan ianya kerana kamu adalah seorang pastor. Sebab kamu memiliki satu kepercayaan yang lebih besar yang ada dalam dirimu selain daripada dirimu. Saya akan sangat ingin datang ke gerejamu untuk mendengar kamu berbicara, dan bukan hanya menyanyi. Kamu sungguh istimewa."
Tilghman tertawa dan berkata, "Kamu dialu-alukan! Kamu dialu-alukan. Kamu istimewa."
Sebelum ini Charisma News telah melaporkan bahawa audition Tilghman di The Voice telah mendapat empat kerusi dipusing selepas dia menyanyikan, "We've Got Tonight." Dia memberitahu para hakim bahawa dia membesar menyanyi di gereja dan hanya biasa menyanyi untuk jemaatnya: dia tak pernah membuat persembahan sebelum rancangan itu.
Tilghman menggembalakan Cornerstone Church di Meridien, Mississippi. Dia dan Brooke telah berkahwin pada 1998 dan kemudian mendapat tiga orang anak, dan kemudian membuat keputusan mengambil seorang anak angkat perempuan dari Korea. Mereka kemudian juga mengambil adik perempuannya sebagai anak angkat, dan kemudian mendapat tiga lagi anak kelahiran mereka sendiri, begitu dilaporkan oleh Good Housekeeping.
(Diterjemahkan daripada artikel Charisma News bertajuk, "Pentecostal Pastor Wins 'The Voice': 'I Want To Come To Your Church,'Says Kelly Clarkson" yang ditulis oleh Jenny Rose Spaudo bertarikh 20 Mei 2020)