Rabu, 14 September 2022

Gereja-Gereja Akan Menyiarkan Siaran Langsung Pengkebumian Diraja Ratu Elizabeth


Dengan London yang penuh sesak dengan orang, sesetengah gereja di sekeliling negara sedang bersiap sedia untuk mengalu-alukan orang ramai untuk menonton bersama-sama pengebumian diraja Ratu Elizabeth.

Tempat-tempat awam seperti gereja-gereja akan dibenarkan menyiarkan siaran langsung pengebumian diraja Ratu pada hari Isnin tanpa syarat lesen TV seperti kebiasaannya.

Di United Kingdom, suatu lesen diperlukan mengikut undang-undang untuk menonton siaran langsung TV, BBC iPlayer, dan penstriman langsung di platform seperti Amazon Prime, YouTube dan Netflix.

BBC telah mengecualikan syarat ini supaya tempat-tempat awam boleh menjadi hos untuk penyiaran pengebumian itu untuk khalayak umum. 

Badan penyiaran itu berkata ianya telah memberikan pengecualian itu oleh kerana "keadaan yang luar biasa" yang merupakan "kepentingan nasional." 

"Selagi anda adalah seorang penduduk UK dan mengikuti peraturan-peraturan yang diterangkan dalam laman ini, anda boleh menyiarkan liputan siaran langsung BBC untuk acara-acara," badan penyiaran itu menyatakan.

"Ini boleh dilakukan melalui skrin TV, atau menggunakan sistem projektor, di sebuah sekolah atau dewan gereja umpamanya."

Ianya seterusnya menyatakan, "Pengecualian ini mengizinkan komuniti-komuniti untuk mengatur acara-acara di tempat-tempat seperti dewan perbandaran, pusat-pusat komuniti dan di tepi jalanan di sekeliling Britain, di mana biasanya TV biasanya tidak ditonton, untuk menyiarkan acara-acara istiadat itu secara langsung. Ini juga termasuk kedai-kedai umpamanya." 

Pengecualian sementara undang-undang bererti gereja-gereja dari utara ke selatan negara akan dapat menstrimkan secara langsung pengebumian Ratu untuk komuniti tempatan mereka. 

Gereja Fettercairn di Aberdeenshire adalah salah satu gereja yang akan membuka pintunya untuk menawarkan "suatu tempat yang disertai kasih dan renungan" untuk menyaksikan pengebumian itu. .

Rev Brian Smith, 67, memberitahu Aberdeen Press and Journal: "Ini bukanlah waktu untuk gereja-gereja yang tertutup. Kami memilih untuk menjadi terbuka dan bukan tertutup."

"Kami tidak membuat apa-apa kenyataan mengenai monarki, cuma membuka gereja untuk suatu acara nasional."

Diosis Gloucester berkata, "Ramai ahli-ahli komuniti yang beribadah mungkin ingin datang bersama dan menyaksikan siaran pengembumian Baginda Ratu."

Jenazah Ratu yang dibaringkan di Westminster bermula 5 petang hari ini dan dijangka akan ada barisan panjang orang ramai sehingga lima batu panjang dengan waktu menunggu kemungkinan mencapai 35 jam. 

Hanya sekitar 400,000 orang yang akan dapat menziarahi Ratu dalam masa empat hari akan datang, dengan ramai yang tidak akan sempat melakukannya, seperti dimaklumkan semalam. 

(Diterjemahkan dari artikel Christian Today bertajuk, "Churches To Broadcast Queen's Funeral" yang ditulis oleh Mark King bertarikh 14 September 2022)