Ratu Elizabeth II, pemerintah sistem beraja paling lama England |
Ratu Elizabeth telah merayakan harijadinya yang ke-90 pada minggu lepas. Baginda merupakan pemerintah sistem beraja yang paling lama dalam sejarah negaranya, dan pernah bertemu dengan 12 presiden Amerika Syarikat.
Ratu Elizabeth tidak pernah menyembunyikan iman Kristiannya yang kuat. Sempena perayaan harijadinya yang ke-90, Mark Greene menyampaikan 10 kutipan kata daripada ucapan-ucapannya yang terkenal.
Ratu Elizabeth tidak menyatakan apa yang difikirkannya mengenai banyak topik, tetapi mengenai kepercayaannya kepada Tuhan, baginda bersifat terbuka, jelas dan berterus terang. Berikut 10 kutipan kata yang menunjukkan sesuatu mengenai hubungan Ratu itu dengan Kristus dan bagaimana itu menguatkannya dan mencorak caranya hidup dan bertugas.
1. Menyerahkan perkhidmatannya ke dalam tangan Tuhan.
'Saya isytiharkan di depan anda semua bahawa seluruh hidup saya samada panjang atau pendik akan didedikasikan kepada perkhidmatan untuk anda dan perkhidmatan untuk keluarga di raja yang agung yang dimiliki kita semua. Tetapi saya tidak akan mempunyai kekuatan untuk memikul tekad ini sendirian kecuali anda menyertainya bersama saya, dan saya sekarang mengundang anda: Saya tahu bahwa sokongan anda akan diberikan tanpa gagal. Semoga Tuhan menolong saya untuk menunaikan ikrar saya, dan Tuhan memberkati anda semua yang rela untuk menyertai saya." (ucapan radio sempena harijadi ke-21, 1947)
2. Satu-satunya cara untuk menjalani hidupnya
'Saya tahu betapa saya bersandar pada iman saya untuk memimpin saya melalui waktu-waktu yang baik dan buruk. Setiap hari ialah permulaan yang baru. Saya tahu bahawa satu-satunya cara untuk menjalani hidup saya ialah untuk melakukan apa yang benar, untuk mengambil pandangan yang jauh, untuk melakukan sebaik yang saya dapat lakukan dalam apa yang dihadapi dalam sehari itu, dan untuk meletakkan kepercayaan saya kepada Tuhan.' (2002)
3. Mengapa Yesus itu tiada bandingannya
'Walaupun kita berkebolehan melakukan perkara besar yang baik, sejarah mengajar kita bahawa kita kadangkala perlu diselamatkan dari diri kita - dari tindakan berbahaya kita atau dari ketamakan kita. Allah telah mengutus ke dalam dunia seorang peribadi yang tidak ada bandingannya - bukan seorang ahli falsafah atau seorang panglima (walaupun mereka penting) - tetapi seorang Juruselamat, dengan kuasa untuk mengampuni.' (2011)
4. Apa yang menguatkannya pada waktu-waktu yang sukar
'Kepada ramai daripada kita, kepercayaan kita adalah asas yang paling penting. Bagi saya, pengajaran Kristus dan pertanggunganjawab peribadi saya di hadapan Tuhan menyediakan rangka untuk saya menjalani hidup. Saya, seperti ramai daripada anda, telah mendapat dorongan besar pada waktu-waktu yang sukar daripada kata-kata dan teladan Kristus.' (2000)
5. Bagaimana Kristus telah menjadi inspirasi dalam hidupnya
'Bagi saya, kehidupan Yesus Kristus, Putera Damai, yang kita rayakan harijadi-Nya hari ini, adalah inspirasi dan pengimbang dalam hidup saya. Merupakan teladan dalam pemulihan hubungan dan pengampunan, Dia telah menghulurkan tangan-Nya dengan kasih, penerimaan dan penyembuhan. Teladan daripada Kristus telah mengajar saya untuk menghormati dan menghargai semua orang dari apapun iman kepercayaan.' (2014)
6. Pemberian dari Tuhan untuk pemulihan hubungan
'Pemberian yang paling saya inginkan untuk tahun hadapan ialah bahawa pemulihan hubungan akan terjadi di mana ianya diperlukan. Pemulihan hubungan yang membawa damai dan perlindungan kepada keluarga-keluarga dan jiran tetangga yang pada waktu ini mengalami penderitaan dan perpecahan. Ingatlah bahawa kebaikan itu akan menyebar keluar dan setiap kebaikan kecil akan membantu. Perkara besar akan bertumbuh daripada permulaan kecil seperti sesungguhnya yang telah bertumbuh dari seorang anak kecil di Betlehem.' (1976)

7. Yesus memberikan kita kekuatan untuk mengikuti-Nya
'Kristus bukan hanya menyatakan kepada kita kebenaran dalam pengajaran-Nya. Dia hidup menurut kepercayaannya dan memberi kita kekuatan untuk melakukan yang sama - dan akhirnya, di kayu salib, dia menunjukkan teladan teragung keberanian fizikal dan moral.' (1981)
8. Bagaimana Allah telah memulihkan kasih ke dalam hidup kita melalui Yesus
'Inilah musim dalam setahun di mana kita mengingati bahawa Allah telah mengutus Anak-Nya 'untuk melayani, bukan untuk dilayani'. Dia telah memulihkan kasih dan pelayanan untuk menjadi teras dalam hidup kita melalui peribadi Yesus Kristus.' (2012)
9. Cabaran dalam pemuridan Kristian
'Pada waktu-waktu yang sukar, kita tergoda untuk mencari alasan untuk kesenangan diri dan membasuh tangan kita daripada tanggungjawab. Krismas melambangkan yang sebaliknya, kita perlu keluar dan mencari kesempatan untuk menolong mereka yang kurang bernasib baik daripada kita, walaupun pelayanan itu memerlukan pengorbanan.' (1980)
10. Mengapa tidak ada orang yang terlalu jauh dari kasih Tuhan
'Untuk orang-orang Kristian, seperti juga untuk semua orang yang beriman, penilaian diri, renungan dan doa membantu kita memperbaharui diri kita dalam kasih Tuhan, sambil kita berusaha secara harian untuk menjadi orang-orang yang lebih baik. Mesej Krismas menunjukkan kepada kita bahawa kasih ini adalah untuk semua orang. Tidak ada orang yang terlalu jauh daripada jangkauannya.' (2013)
Mark Greene adalah penulis bersama "The Servant Queen and the King she serves", dan pengarah eksekutif LICC.
"The Servant Queen and the King she serves" yang diterbitkan oleh HOPE, Bible Society dan LICC, telah mendapat jualan 370,000 naskah dalam sembilan minggu, menjadikannya buku yang paling laris jualan di Britain. Ianya boleh didapati dari www.cpo.org.uk dengan harga 1 pound senaskah.
(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel laman Premier Christianity bertajuk "10 Brilliant Things The Queen Has Said About God" penulisan Mark Greene pada April 2016)