Selasa, 18 April 2017

4 Sebab Anda Mesti Tonton Filem "The Case For Christ"


The Case for Christ kemungkinannya sudah mula ditayangkan di beberapa pawagam kegemaran anda sejak hujung minggu lepas (di Amerika Syarikat, di Malaysia belum ditayangkan). 

Jika anda belum pernah mendengar mengenai buku The Case for Christ, ianya menceritakan kisah Lee Strobel yang adalah seorang editor perundangan yang memenangi anugerah sewaktu di Chicago Tribune pada 1980an. Lee adalah seorang yang mengaku ateis, tetapi pada suatu hari, isterinya pulang ke rumah dan memberitahunya bahawa dia telah mengambil keputusan untuk mempercayai Yesus. Itu adalah berita yang sukar diterima olehnya, dan telah memulakan satu perjalanan baginya untuk menyiasat dakwaan-dakwaan Kekristianan agar dapat membuktikan bahawa ianya palsu dan menyelamatkan isterinya daripada apa yang dianggapnya ajaran sesat. 

Selepas hampir dua tahun bertemu dengan pakar-pakar dan menimbangkan bukti-buktinya, Lee membuat kesimpulan, sebagai seorang ateis, bahawa terdapat kumpulan bukti yang amat besar yang menunjukkan kebenaran Yesus Kristus, dan Lee membuat keputusan meletakkan imannya pada Kristus. 

Pada 1998, dia telah berkongsi kisah perjalanannya dalam buku The Case for Christ, yang seterusnya telah dibaca, bersama dengan buku-buku susulan yang lain, oleh lebih daripada 14 juta orang  di sekeliling dunia.

Dia telah berucap di beberapa konferensi kami, dan telah menjadi seorang sahabat sejak beberapa tahun yang lepas. Kami sangat teruja untuk menjadi rakan sebagai satu pelayanan mengenai impak filem Pure Flix ini dengan mengongsikannya dengan seberapa ramai orang yang mungkin.

Saya berharap anda akan menonton filem ini secepat mungkin dan membawa beberapa kawan bersama dengan anda. Anda juga boleh membeli tiket secara berkumpulan untuk gereja anda atau menyewa keseluruhan pawagam di kota anda. Kongsikanlah keterujaan anda mengenai filem ini dengan setiap orang yang anda kenal. Marilah kita semua menggerakkan di sebalik filem ini untuk membantunya mencapai impak yang sebesar mungkin.

Berikut Adalah 4 Sebab Mengapa Anda Harus Tonton Filem The Case for Christ:

1. Kisah Lee sungguh ikonik dan tidak dapat dilupakan.

Ada beberapa kisah dalam dunia Kristian yang anda tidak akan dapat lupakan. Kisah Lee adalah salah satu daripadanya. 

Beberapa tahun yang lepas, kami telah meluangkan waktu bersama Elizabeth Sherill, yang telah menjadi penulis bagi The Cross and the Switchblade untuk David Wilkerson, The Hiding Place untuk Corrie ten Boom, God's Smuggler untuk Brother Andrew dan lain-lain. Saya sangat terkagum bahawa dia telah memain peranan begitu besar dalam menceritakan kisah-kisah yang masih diperkatakan di gereja.

Kisah Lee mengingatkan saya akan isah-kisah ikonik dan yang tidak dapat dilupakan itu - kisahnya adalah satu kisah Tuhan  yang perlu disampaikan kepada lebih ramai orang lagi. 

2. Kisah Lee membantu kita melihat logik di sebalik iman kita.

Tidak ramai daripada kita yang selayak Lee untuk menyiasat dakwaan-dakwaan Kekristianan dengan akal tajam seorang wartawan. Lee telah dilatih oleh mereka yang terhandal dan dia adalah seorang wartawan pemenang anugerah. Dia menggunakan kemahiran penyiasatannya dan mengapplikasikannya terhadap Kekristianan dengan cara yang tidak ramai orang dapat lakukan. 

Lee percaya Kekristianan adalah iman yang dapat disiasat, dengan cara para wartawan menyiasat kisah-kisah mereka den menimbangkan bukti-buktinya.

Dia telah bermula sebagai seorang ateis yang kuat yang menyangka bahawa iman itu tidak masuk akal dan merupakan tongkat untuk orang-orang lemah, dan secara beransur-ansur menyedari bahawa "ianya memerlukan lebih iman untuknya mengekalkan ateismenya berbanding meletakkan imannya pada Kristus."

The Case for Christ memberikan beberapa bukti yang kukuh dalam gaya penceritaan yang menghiburkan.

3. Kisah Lee memberi kita pandangan jauh apa yang Tuhan dapat lakukan dalam hidup seseorang.

Dari seorang skeptik rohani (orang yang meragui mengenai hal rohani) menjadi seorang yang percaya dengan penuh komitmen, kehidupan Lee menunjukkan kita dengan jelas bahawa Yesus mengubah segala-galanya.

Kita semua tahu bahawa orang-orang Kristian tidak sempurna. Orang-orang Kristian jauh dari sempurna, namun begitu Yesus mengubah segala-galanya. Yesus mengubah halatuju hidup kita. 

Dan dalam kisah Lee, kita dapat lihat perubahan dramatik yang dapat dilakukan oleh Kristus. Orang-orang dalam budaya kita perlu melihat impak yang Kristus dapat lakukan dalam hidup seseorang. 

4. Kisah Lee akan diperkatakan oleh kawan-kawan dan jiran-jiran anda.

Tidak seringkali terdapat filem Kristian yang bagus, yang begitu mengesankan, yang dilakonkan dengan baik ditayangkan di pawagam-pawagam tempatan kita. Kita perlu menghargai kesempatan-kesemptan seperti ini. 

The Case for Christ sedang ditayangkan di pawagam-pawagam di sekeliling negara, dan akan ada berlipat ganda ribuan orang yang memperkatakan mengenai iman dan realiti Yesus. Ini adalah kesempatan yang paling baik untuk memperkatakan iman dengan kawan-kawan dan jiran-jiran anda yang memerlukan Tuhan, dan saya berharap dan berdoa anda tidak akan melepaskan kesempatan ini. 

(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel Charisma News bertajuk, "4 Reasons You Absolutely Must See 'Case for Christ'" yang ditulis oleh Matt Brown bertarikh 17 April 2017)