Rabu, 27 Mac 2024

Pembunuhan Reverend John Wilfinger


Misionari-misionari Australia yang dipimpin oleh Charles Hudson Southwell mulai menembusi Sarawak menerusi kawasan pedalaman Lawas pada akhir 1920an untuk memulakan sebuah gereja manakala misionari-misionari Amerika meneroka ke Kerayan pada 1930an untuk menubuhkan sebuah Sekolah Alkitab di Belawit yang kini dikenali sebagai Berian Baru.

Tersentuh dengan kasih para misionari untuk orang-orang di kawasan bukit, orang-orang Lun Bawanglah yang menyahut cabaran untuk mengubah gaya hidup pagan mereka untuk menjadi pengikut-pengikut yang komited Borneo Evangelical Mission (BEM). Orang-orang Lun Dayeh juga menurut serta dan menjadi penginjil-penginjil pelbagai denominasi seperti Gereja Khemah Injil Indonesia (GKII).

Suatu mukjizat sedang terjadi di kalangan umat yang dulunya kuat dalam penyembahan iblis dan pengorbanan kanak-kanak telah dikisahkan dalam banyak buku-buku yang ditulis oleh penginjil-penginjil yang telah disambut baik oleh komuniti kawasan tanah tinggi itu.

Tetapi misionari-misionari yang datang sebelum Perang Dunia telah membayar korban yang sesungguhnya - John Wilfinger, warga Amerika telah dibunuh oleh orang-orang Jepun di Tarakan pada 26 Disember 1942 dan seorang daripada pengasas BEM, Frank Davidson telah meninggal dunia selepas kes cirit-birit yang serius di kem Batu Lintang empat bulan sebelum Perang berakhir pada Ogos 1945. 

Wilfinger telah mengajar orang-orang Lun Dayeh lagu-lagu Kristian yang telah diterjemahkannya ke dalam bahasa "Murut" dan selepas kematiannya, orang-orang Lun Dayeh telah menjadi orang-orang Kristian yang lebih komited lagi.

Salah seorang daripada pengikut-pengikut Welfinger adalah Pastor Lucas Oyun, yang berusia awal lapan puluhan, telah mendengar mengenai pengorbanan misionari Amerika itu, telah menjadi salah seorang daripada misionari-misionari awal ketika dia masih remaja. Anaknya, Pengiran bakal akan mengikuti jejak langkahnya. 

Saya telah bertemu dengan anaknya, Pastor Pengiran dalam perjalanan saya balik dari Long Bawan ke Ba Kelalan ketika saya menumpang kereta pacuan empat roda yang penuh sesak dengan penumpang.

Pada mulanya saya menyangka lelaki bertubuh sasa berusia 50 tahun itu suka menyepi sebab dia memalingkan wajahnya seolah-olah untuk mengelakkan saya selepas saya tersenyum padanya. Sambil kami duduk di bahagian belakang kenderaan itu yang penuh dengan barang-barang dan sebilangan orkid liar, saya mendapati bahawa dia separuh buta.

Ayah kepada enam orang anak, Pengiran telah kehilangan penglihatannya setelah dia telah dikesan mengalami pertumbuhan di bahagian kanan otaknya. Dia berkata, "Selepas 10 tahun sebagai pastor, saya merasakan perlu mencari pekerjaan yang lebih elok kerana gaji saya sebanyak RM300 tidak cukup untuk anak-anak saya melanjutkan pendidikan mereka.

"Dua tahun selepas meninggalkan pelayanan, saya telah mengalami kemalangan kecil apabila mencederakan mata saya semasa berkebun. Selepas itu saya sering pitam dan setelah berjumpa doktor, saya dikesan mengalami pertumbuhan di otak. Saya telah dihantar ke Hospital Besar di Kuala Lumpur dan dalam keadaan separa koma sepanjang satu tahun. 

"Namun begitu, dengan segala doa dan penjagaan isteri saya dan orang-orang Kristian yang lain, saya telah pulih," katanya mengingat kembali.

Oleh kerana dia khuatir jangka hayatnya terhad, dan kerana dia tidak dapat lagi bekerja di kebun, dia meminta untuk dipindahkan ke Kerayan yang lebih dekat dengan kampung halamannya dan dia memilih kota paling dekat iaitu Kota Kinabalu. 

Selama sebulan, dia menjalani 30 sesi rawatan radio terapi di Sabah Medical Centre. "Saya sembuh dari pembedahan ketumbuhan tetapi kehilangan penglihatan di mata kiri," kata Pengiran yang kini memiliki separa penglihatan di mata kanannya. 

Pengiran kembali ke gereja dan dilantik semula sebagai pastor dan berkhidmat di sebuah gereja kecil di Lawas. 

Dia meneruskan, "Semasa semakin pulih di hospital, saya menyedari bahwa panggilan saya dalam hidup adalah menjadi pastor. Pada waktu itu, isteri saya hamil dengan anak bongsu saya yang saya serahkan sepenuhnya kepada Tuhan dan berjanji untuk meletakkan segala kepercayaan saya kepada-Nya walau apa keadaan saya."

Pastor Pengiran yang telah menjadi pastor di Lawas sepanjang 20 tahun lepas menambah, "Tuhan telah menunjukkan kebaikan-Nya kepada keluarga saya sebab saya ada dua anak perempuan yang adalah graduan, seorng anak lelaki yang baru selesai ijazahnya dalam perundangan di Kuala Lumpur, dan anak bungsu saya yang sedang menuntut di Rusia, dalam pembelajaran menjadi doktor."

Pengetua Lawas Bible College berkata bahawa pelayanan BEM telah menghasilkan hampir 1,500 pastor sejak 1960 - yang berkhutbah di 700 gereja di pelbagai bahagian di Sarawak - berkata bahawa dia telah secara peribadi mengalami apa yang kuasa doa boleh lakukan.

Dia berkata, "Semasa 1995, Lawas mengalami kemarau selama tiga bulan dan kebakaran sedang merebak di kawasan hutan di sekeliling dan semakin dekat dengan kampung kami di Long Sukang. Menjelang hari perkahwinan saya, kami diberitahu bahawa keadaan amat genting dan lebih baik membatalkan perkahwinan itu.

"Tetapi seorang pastor kampung yang biasa menyeru kepada orang-orang kampung agar beriman... untuk mengucapkan suatu doa pendik meminta Tuhan menghentikan kebakaran itu. Dan benar sekali, tiga hari sebelum perkahwinan saya, hujan mulai turun tanpa henti sehingga suatu banjir besar terjadi. 

"Apabila hujan akhirnya berhenti, semua kebakaran yang telah membakar di luar kawalan telah dipadamkan. Perkahwinan kami diteruskan seperti yang dijadualkan. Walaupun tidak semua orang dapat menghadirinya kerana keadaan banjir, kami semua gembira kerana tiada orang yang tercedera, kerana Tuhan telah menjawab doa kami."

Pastor Pengiran berkata pastor-pastor Eropah telah mentransformasi gaya hidup umat untuk memperbolehkan mereka maju bersama bahagian lain dunia. Mereka bukan sahaja membawa Injil kepada kawasan tanah tinggi tetapi juga telah mengajar umat membaca dan menulis.  

Nota: Hudson Southwell, pengasas BEM, atau "Tuan Sapu" amat dihormati, disanjungi dan dikasihi dan seperti nama gelarannya, dia telah menyapu bersih sehingga mereka boleh melayani Kristus dengan setia dan tekun.

Bukunya, "Uncharted Waters" banyak menceritakan mengenai pelayanannya di kalangan orang-orang Borneo khususnya kepada orang-orang Kelabit dan Lun Bawang.

Yang lain-lain seperti Alan Belcher @ Pendita Meripa dan isterinya Madge Hill @ Pendita Ganit yang telah bertanggungjawab menterjemahkan Alkitab ke dalam bahasa Lun Bawang. Belcher memilih untuk pergi ke Borneo daripada pergi ke New Zealand sebagai pengurus sebuah syarikat. Dia telah memulakan pelayanannya di Sabah sebelum dia mengambil keputusan untuk tinggal di Long Semadoh untuk menterjemahkan Alkitab ke dalam bahasa Murut -- bahasa Lun Bawang dan Lun Dayeh. 

Pastor Bruce Morton atau Pendita Panai adalah misionari juruterbang yang telah menerbangkan pastor-pastor mereka ke kampung-kampung paling terpencil di mana ada gereja-gereja BM. 

BEM juga telah bekerja di kalangan suku-suku bangsa lain seperti Kayan, Kenyah, Iban, Penan dan Tagal, di antara banyak suku-suku bangsa yang mereka telah bantu bawa kepada Kristus. 

Berikut adalah senarai misionari Eropah yang telah melatih orang-orang asal Borneo untuk menjadi pastor-pastor yang berdedikasi. Sebagai penghormatan kepada penginjil-penginjil ini, mereka telah diberikan nama-nama tempatan.

1. Hudson Southwell--Pendita Padan or Tuan Sapu,

2. Frank Davidson--Tuan Lisin,

3. Enid Davidson--Pendita Litad,

4. Winsome Southwell--Pendita Gadung,

5. Alan Francis Belcher--Pendita Meripa Palung,

6. Madge Hill Belcher--Pendita Ganit Pengiran,

7. Ken Cooper--Pendita Mutang Dawat,

8. Bruce Morton--Pendita Panai,

9. Alf Thorrat--Pendita Balang Baru,

10.Joan Cooper--Pendita Supang,

11.Trevor White--Pendita Asang,

12.Bill Hawes--Pendita Kawas,

13.Bryan Mukem--Pendita Mitun,

14.Bob Burton--Pendita Gaing,

15.Bill Lees--Pendita Gisar,

16.Keith Napper--Pendita Lasan,

17.Devenish. Robinson--Pendita Riung Ating,

18.Winston Usher--Pendita Kalang,

19.Dennis Barry--Pendita Paren,

20.Keith--Pendita Lian,

21.Ray Cunningham--Pendita Sigar,

22.Evelyn Cunningham--Pendita Tunung,

23.Phylis Webster--Pendita Runguh,

24.Thelma Napper-- Pendita Rudang

25. Ted Hand-- Pendita Upai Baru)

26. Judy Devenish-- Pendita Rikan Baru,

27. Sam Gollan--Pendita Baru Lasung,

28. Jean Gollan--Pendita Lipang and

29. Marj Tharrat--Pendita Dayang Selutan.


(Diterjemahkan daripada hantaran Facebook bertajuk, "The Murder of John Wilfinger" oleh James Ritchie bertarikh 10 Ogos 2022)