Sabtu, 1 Julai 2017

7 Sebab Aku Berdoa Setiap Hari


Oleh Bob Hostetler:

Penulis dan apologis (pembela iman) Kristian yang agung, C.S. Lewis secara terkenal mengatakan ini, "Aku berdoa kerana aku tidak dapat tolong diri sendiri. Aku berdoa sebab aku perlu pertolongan. Aku berdoa sebab keperluanku nyata dalam diriku setiap waktu, semasa sedar dan semasa tidur. Ianya tidak memgubahkan Tuhan, ianya mengubahkan aku."

Aku boleh mengaminkan itu! Aku berdoa untuk sebab-sebab itu. Dan lebih lagi.

1) Aku perlukan Tuhan.

Seperti kebanyakan orang, aku terdorong untuk berdoa kerana aku perlukan sesuatu. Pekerjaan. Kesembuhan. Wang untuk membaiki kereta. Benda-benda seperti itu. Tetapi semakin banyak aku berdoa, semakin nyata keperluanku yang sebenar: aku perlukan Tuhan. Dia adalah sumberku, kekuatanku, penyembuhku, penolongku.

2) Ianya menenangkan fikiranku.

Aku tidak dapat menghitung betapa banyak kali aku telah pergi berdoa dengan fikiran yang kacau - fikiran dan hatiku semuanya tertekan, bercampur-aduk dan ketakutan - dan mengalami satu kelepasan dan damai yang indah pada penghujung doaku. Aku mengalami kebenaran ayat itu, "Yang hatinya teguh Kaujagai dengan damai sehjahtera, sebab kepada-Mulah ia percaya.

3) Ianya memulakan hariku dengan betul.

Selama bertahun-tahun aku terlalu sibuk untuk berdoa di waktu pagi, Hari-hariku bermula dengan tergesa-gesa dan diteruskan dengan begitu juga. Tetapi pada suatu ketika, doa pagi bukan saja telah menjadi satu kebiasaan tetapi juga suatu berkat. Ianya mengatur hariku. Ianya menyediakan rentaknya. Ianya menyediakanku untuk melangkah dengan rangka fikiran yang betul dan pembawaan hati yang betul.  

4) Ianya mengakhiri hariku dengan betul.

Aku telah menulis mengenai ini di blogku mengenai berkat Doa Penutup Hari (doa malam) untuk diri saya. Cukup untuk dinyatakan di sini bahawa doa itu membantu fikiranku meninjau kembali hari tersebut, menyatakan dan melepaskan semua tekanan dan pergelutan hari itu. memperlahankan aktiviti akalku, dan bersiap untuk rehat. Pada ketika ini, aku fikir aku lebih senang tidur tanpa mengunci pintu atau tanpa memberus gigi berbanding dengan tanpa berdoa.  

5) Ianya mengingatkanku mengenai beberapa perkara penting.

Seperti siapa itu Tuhan. Siapa diriku. Apa yang paling utama. Dari mana aku datang dan ke mana aku pergi. 

6) Urusan berjalan lebih baik apabila aku berdoa.

Aku tahu Tuhan menjawab doa sebab aku melihat jawapannya pada setiap hari. Jika untuk sebab tertentu, aku terabaikan doa, aku rasa seperti tidak berfungsi dengan sepenuhnya. Ada yang tidak kena dengan urusanku, ada yang tidak kena dengan diriku. Mungkin lebih penting lagi, kekecewaan dan penangguhan yang kemungkinan akan mengganggu dan menggoncangku apabila aku tidak berdoa, lebih seringkali menjadi halangan sementara - ataupun berkat - apabila aku telah berdoa. 

7) Aku menjadi lebih baik apabila aku berdoa. 

Secara serius, aku takut memikirkan lelaki macam manakah yang aku akan jadi jika dipadamkan semua waktu doa yang pernah kulakukan. Doa menjadikan aku lelaki yang lebih baik sebab doa membawakan Tuhan dan semua mengenainya yang kukenal dan alami untuk bekerja di dalam hidupku dan menerusi hidupku. Saya teramat jauh dari cukup baik atau pintar untuk menjalankan hidup tanpa doa. Sedikit demi sedikit, hari demi hari, aku menjadi peribadi yang lebih diberkati, lebih bersukacita, lebih berkebolehan, lebih tertumpu dan lebih peka berbanding beberapa hari sebelumnya. 

Aku boleh meneruskan lagi. Tujuh sebab hanya seperti permulaan sahaja. Aku fikir boleh dengan mudah senaraikan tujuh sebab lagi. Mungkin aku akan senaraikan lagi di blog pada masa depan.

(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel Guideposts bertajuk, "7 Reasons I Pray Daily" yang ditulis oleh Bob Hostetler)