Rabu, 3 Julai 2019

Keluarga Dan Kawan-Kawan Lancarkan Buku "Where Is Raymond Koh?"

Majlis pelancaran buku "Where I s Raymond Koh" di Petaling Jaya

KUALA LUMPUR, 3 Julai - Sebuah buku mengenai kehilangan paksa Raymond Koh telah dilancarkan hari ini oleh keluarga dan kawan-kawan pastor itu di pejabat Majlis Gereja-Gereja Malaysia di Petaling Jaya.

Where Is Raymond Koh? telah ditulis bersama oleh Datuk Lee Hwa Beng dan Stephen Ng, kedua-duanya sahabat lama Koh.


Bekas ahli undangan negeri untuk Subang Jaya, Lee sebelum ini telah menulis sebuah buku yang menyelidiki skandal Zon Bebas Pelabuhan Kelang bertajuk, PKFZ: A Nation's Trust Betrayed.

"Sebab utama buku ini telah ditulis adalah supaya orang-orang awam dapat memberi tekanan kepada kerajaan sekarang untuk mencari kebenaran penculikan Raymond Koh dan menghadapkan orang-orang yang terlibat dalam penculikan itu ke pengadilan."

Sebagai sahabat Koh selama lebih daripada 20 tahun, Lee merasakan bahawa selepas penyiasatan Suhakam pada April, masih terdapat terlalu banyak soalan yang belum terjawab. 

Datuk Lee Hwa Beng, penulis bersama buku "Where Is Raymond Koh" di majlis pelancaran

Menurut Lee, dia dan Ng telah menemubual pihak-pihak yang terlibat dalam kes ini dan majoriti daripada penemuan mereka adalah daripada siasatan awam Suhakam.

Lee berkata buku itu akan memberikan butiran bagaimana Koh didakwa diculik oleh operasi Cawangan Khas, respons oleh polis selepas itu, dan menyelidik sebab-sebab dan dalang-dalang yang mungkin terlibat.

Lee masih berharap bahawa Koh akan muncul kembali satu hari nanti.

Buku itu boleh didapati di semua kedai-kedai buku utama di Malaysia dan dijual pada harga RM35. Semua keuntungan akan disalurkan kepada keluarga Koh.


(Dipetik dan diterjemahkan dari artikel The Malay Mail bertajuk, "Author of PKFZ Book Pens New Piece Exploring Pastor Koh's Abduction" yang ditulis oleh R. Loheswar bertarikh 3 Julai 2019)