Khamis, 4 Julai 2019

Sertailah Konferensi Kepimpinan 2019 Di DUMC (30 Ogos - 1 Sep)


Konferensi Kepimpinan 2019 akan diadakan di Damansara Utama Methodist Church (DUMC), Petaling Jaya pada 30 Ogos - 1 September ini. Tandakan kalendar anda dan ambillah cuti (bagi mereka yang bekerja) untuk menyertai konferensi kali ini yang akan membariskan Ps Jim Yost, Ps Sam Surendran dan Ps Melai Belingau sebagai penceramah-penceramahnya. 

Tema tahun ini adalah: "Misi dan Menyentuh Hati`" Tujuan konferensi kali ini tertulis jelas dalam risalahnya iaitu untuk, "mendedahkan gereja-gereja bahasa tentang pelayanan misi dan komuniti serta memberi peluang untuk terlibat secara langsung atau tidak langsung."


Saya telah menerima mesej daripada pihak penganjur yang menyatakan:

"Mari hadir bersama kami untuk belajar dan mengetahui cara-cara yang lebih efektif di dalam pelayanan Misi. 3 orang pembicara kali ini adalah yang sangat berpengalaman dalam bidang ini di dalam negara mau pun di luar negara.

"Dan menariknya kali ini kami mengundang badan-badan organisasi yang berkerja dengan misi dan komuniti. Mereka akan mempamerkan hasil kerja mereka dan memberi infomasi bagaimana gereja-gereja lokal boleh bekerjasama di dalam pelayanan misi di dalam bandar dan pendalaman."

Jangan lepaskan peluang ini. Daftarlah sekarang di sini.

Anda boleh menghubungi Steffi Ann Tabari (017-6532950) atau Walter Samat (010-28426681) untuk maklumat lanjut.