Jumaat, 2 September 2022

Khutbah Terakhir Rick Warren Menandakan Permulaan Musim Baharu Untuk Gereja Saddleback

Pastor Rick Warren menyampaikan khutbah terakhirnya di Gereja Saddleback

Tepat seperti yang dikatakannya, Rick Warren dan isterinya, Kay telah memberikan 40 tahun pelayanan di Gereja Saddleback seperti dijanjikan dan lebih lagi.

Selepas 43 tahun menggembalakan gereja besar (megachurch) itu di Lake Forest, California, Warren telah secara rasmi meletakkan jawatan sebagai pastor utama. Andy Wood dan isterinya, Stacie, bekas pastor di Echo.Church di kawasan Bay, San Francisco akan menggantikan suami isteri Warren itu.

Rick dan Kay Warren bersama Andy dan Stacie Wood

Perlantikan rasmi pasangan Wood sebagai kepimpinan baharu akan berlangsung pada 10-11 September, dengan 12 September sebagai hari pertama Andy dan Stacie sebagai pastor utama Gereja Saddleback.

Musim peralihan serigkali sukar bagi ahli-ahli sesebuah gereja, tetapi suami isteri Warren itu telah mengumumkan bab baharu ini pada Jun 2021, memberikan waktu untuk jemaat menyediakan hati mereka untuk peralihan tampuk kepimpinan. 

Sambil Warren menaiki pentas untuk mesej terakhirnya kepada gereja sebagai pastor utamanya, dia disambut dengan tepukan dan sorakan. Itu adalah tanda terima kasih daripada jemaat bahawa Tuhan telah menumbuhkan gereja daripada 50 anggota sehingga menjadi gereja yang dikenali secara global hari ini. 

"Kamu akan buat saya menangis," dia mengatakan kepada mereka. "Adakah saya beritahu kamu baru-baru ini bahawa saya menyayangi kamu?" 


"Seperti yang kamu sudah tahu sekarang, ini adalah mesej terakhir saya sebagai pastor senior kamu. Selama 43 tahun, adalah penghormatan bagi saya untuk mengasihi kamu, berdoa untuk kamu, melayani kamu, mendorong kamu, untuk berada di sampingmu semasa sakit, untuk berada di sampingmu di kuburan, untuk berada bersama dalam kaunseling semasa waktu sukar dalam hidupmu dan untuk mengajar kamu," katanya.

"Dan dalam masa 43 tahun, saya telah menyampaikan lebih 6,500 mesej, khutbah dan pelajaran. Tetapi dalam ini ... mesej terakhir dan mesej perpisahan kami, saya telah mengambil keputusan daripada 6,500 mesej itu, saya ingin berkongsi dengan anda, untuk mengulangi dan berkhutbah balik, mesej yang pertama sekali saya khutbahkan untuk memulakan gereja ini, kata demi kata, 43 tahun yang lalu.

"Salah satu daripada nilai-nilai itu - nilai-nilai yang dipimpin tujuan - yang kita pegang di sini di gereja ini adalah, 'Bermula dengan ingatan akan kesudahan.' Apapun projek yang anda mulakan, mulailah dengan ingatan akan kesudahannya. Itu yang dipanggil dipimpin oleh tujuan. Anda dari permulaan mengetahui tujuannya. Dan kami tahu dari permulaannya lagi, apakah jenis gereja yang akan terjadi di sini." 


Warren telah menjadi terkemuka secara antarabangsa dengan penerbitan bukunya, "The Purpose Driven Life" yang seterusNya telah mencapai jualan lebih 50 juta naskah di sekeliling dunia sehingga tahun 2020. 

(Diterjemahkan daripada artikel Charisma News bertajuk, "Rick Warren's Final Sermon Signals A New Season for Saddleback Church" yang ditulis oleh James Lasher bertarikh 31 Ogos 2022)