Ini adalah salah satu kisah yang akan membuat anda terkagum. Pada 1853, ada seorang nabi anak kecil lelaki Rusia berusia 11 tahun dan tidak berpendidikan. Keluarganya adalah sebahagian daripada gereja-gereja Pentakosta Rusia yang telah bermigrasi ke Armenia. Namanya adalah Efim Gerasemovitch Klubniken. Efim akan dikenali sebagai seorang yang menghabiskan berjam-jam dalam doa, kadangkalanya berhari-hari dan malam berpuasa dan berdoa tanpa rehat.
Pada suatu hari Tuhan memanggilnya untuk berjaga-jaga dalam doa, dan sewaktu berjaga-jaga itu, Tuhan telah menunjukkan kepadanya suatu penglihatan yang menunjukkan satu peta dan mesej-mesej yang tertulis dalam bahasa Rusia. Oleh kerana dia tidak berpendidikan, Efim tidak dapat memahami satupun daripadanya tetapi telah dapat melukis dan menyalin peta serta mesej itu secara tepat dengan pen di atas kertas.
Setelah membawa mesej itu kepada seseorang yang memahami bahasa Rusia, mereka terkagum bagaimana anak kecil yang buta huruf itu dapat menulis perkara yang seperti itu! Itu adalah amaran yang menyatakan bahawa akan tiba suatu waktu bahawa orang-orang Armenia perlu melarikan diri, jika tidak mereka akan dibunuh dengan kejam.
Lukisan itu jelas menunjukkan Amerika, di mana mereka tidak harus berhenti di pantai timur tetapi harus bergerak ke California. Terkejut dengan mesej itu, orang-orang Armenia menantikan tanda-tanda mengenai perkara itu, tetapi setelah berdekad kemudian dan tidak ada apapun yang berlaku, menjadikan mesej Efim kelihatan seperti palsu.
Tetapi pada 1904, Efim yang kini sudah berusia 60 tahun, memberitahu kampungnya bahawa sudah tiba waktu untuk mereka melarikan diri, lalu keluarganya dan beberapa orang lagi telah berpindah ke California seperti yang dikatakan dalam mesej itu. Pada 1914, pada permulaan Perang Dunia I, lebih sejuta orang Armenia telah dibunuh oleh orang-orang Muslim Turki dalam satu pembunuhan beramai-ramai yang masih dinafikan oleh orang-orang Turki hari ini. Hitler pernah mengatakan mengenai peristiwa itu, "Dunia tidak campur tangan apabila Turki melenyapkan Armenia, ianya juga tidak akan campur tangan apabila saya menyerang orang-orang Yahudi."