Khamis, 19 Disember 2019

Potret Yesus Yang Lama Hilang Ditemui Semula Oleh Pelukisnya, Akiane


Dari usia empat tahun, inspirasi dari penglihatan yang berulang-ulang oleh Akiane adalah untuk menggambarkan satu tokoh teladan yang hebat untuk kemanusiaan. 

Dan apabila seorang tukang kayu yang penuh misteri mengetuk di pintu depan rumahnya pada suatu hari, Akiane tahu bahawa waktunya telah tiba untuk melukiskan kisah pengharapan itu...


Pada usia lapan tahun, Akiane telah selesai karya seni visualnya yang penuh wawasan, "Prince of Peace," tetapi pada pameran-pameran awalnya, boleh dikatakan tiada seorangpun yang menghargai hasil seninya yang menggambarkan Yesus. 

Hakikatnya, hampir semua orang yang melihat potret itu mengutuk lukisan itu. Ada sebilangan orang yang mencadangkan agar lukisan itu dibakar. 


Keluarga Akiane mengirimkan lukisan asal itu kepada seorang agen seni untuk dipamerkan tetapi agen itu mencuri lukisan asal itu dan menuntut pampasan. 

Setelah suatu rentetan peristiwa yang ajaib beserta rundingan yang rumit, lukisan itu akhirnya dikembalikan tetapi ianya telah dikirim balik dengan cara yang kasar. 


Apabila kotak yang sudah kemek itu dibuka, lukisan asal Akiane itu telah diselaputi dengan habuk papan sama seperti habuk papan selepas penyaliban di atas tiang kayu.

Akiane mengambil masa berhari-hari secara cermat mengeluarkan habuk papan itu dengan pelbagai alatan tetapi banyak serbuk habuk telah terlekat secara kekal di atas lukisan itu. suatu peringatan akan kesan peninggalan dari penyaliban. 


Selepas kontrak yang mengikat selama sembilan tahun dengan agen itu berakhir di mahkamah, Prince of Peace secara tidak sengajanya jatuh ke tangan seorang lagi agen, dan telah secara silap dijual, walaupun sepatutnya dipamerkan di suatu pameran baharu seperti yang dijanjikan. 

Dengan itu, Akiane dan keluarganya terpaksa menghadapi satu lagi proses mahkamah atas kehilangan itu. 


Selama bertahun-tahun pemilik baharu itu menyimpan lukisan asal Akiane di bawah kaki tangga, disembunyikan dari pandangan. Dalam kegelapan. 

Pemilik itu menemui ajal tanpa disangka dan Prince of Peace telah menjadi beban yang tidak dikehendaki oleh keluarganya. Oleh itu ianya telah dikunci dari pandangan awam di sebuah tapak stor yang terpencil. 


Malangnya, keluarga pemilik itu tidak mahu menunjukkan lukisan itu atau menjualkannya kepada sesiapapun. Dan tahun demi tahun, Yesus yang dilukis oleh Akiane terus disepikan, terperangkap dalam satu "kubur."

Sejak bertahun-tahun, Akiane telah melukiskan tempoh-tempoh berbeza dalam hidup Yesus tetapi kesedihannya atas kehilangan potret kesayangannya tidak pernah berkurang. 


Nasib baik ada satu salinan filem yang telah tersimpan untuk membuat cetakan salinan. 

Dan melalui waktu, imej yang paling berkontroversi oleh Akiane itu telah menjadi yang paling dihargai dan disimpan di kalangan semua karya seninya. 

Ianya juga telah menjadi salah satu wajah Yesus yang paling dikenali di dunia.


Setelah Akiane merantau dan bekerja di 30 negara, sesuatu yang menarik terjadi... 

Untuk kali pertamanya dalam masa 16 tahun, potret Yesus oleh Akiane itu muncul lagi untuk dijual. 

Tanpa dilihat, lukisan asal Prince of Peace telah serta-merta dibeli oleh salah satu keluarga paling ulung dan dihormati untuk USD850,000. 

Kini, untuk kali pertamanya, penggemar-penggemar seni bakal akan melihat potret asal Yesus itu...

Habuk papan dan cap jari pencurinya masih ada di situ... secara kekal melekat pada cat minyak yang sudah kering itu, dan begitu juga hasil sapuan berus khas Akiane semasa kanak-kanak serta kesan catan tersembunyinya. 

Lukisan asal itu telah dibungkus dengan penuh kasih sayang dan diterbangkan dengan cara paling mulia dan agung yang mungkin di dunia. 

Lukisan yang memaparkan Yesus oleh seorang anak kecil lapan tahun dan mesej kasih dan damai sejati akhirnya telah dibangkitkan semula. 


Akiane merasa bahawa Tuhan telah memilih keluarga yang paling mulia di dunia ini untuk membebaskan satu-satunya lukisan ini. 

Keluarga baharu ini menganggap diri mereka sebagai penjaga untuk lukisan asal itu. Mereka merasakan ini adalah misi mereka untuk melindungi karya besar ini untuk generasi akan datang supaya ianya dapat menyentuh berjuta jiwa lagi dengan kisahnya. 

Keinginan utama mereka adalah agar Prince of Peace dapat dilihat oleh berjuta orang di sekeliling dunia...

Potret Yesus oleh Akiane adalah satu Pemberian kepada dunia. Ianya telah dilukiskan untuk Keamanan, Kasih dan Penharapan.

Video: Kisah potret Yesus yang hilang bertahun-tahun


(Diterjemahkan daripada hantaran Facebook Akiane Kamarik bertarikh 18 Disember 2019)