Video ini telah diterbitkan oleh Joy Centre SIB dan berisi info bersejarah mengenai Gunung Doa Hosana itu. Saksikan sendiri videonya di bawah.
Di antara maklumat menarik yang telah dikongsikan dalam video itu adalah:
Pengenalan ringkas Gunung Doa Hosana Trusan
Sebelum ini Gunung Doa Hosana ini dikenali sebagai Gunung Doa Liang Ukung. Ianya telah didirikan dan dibina sekitar tahun 1990 dan telah dirasmikan pada 4 Julai 1991. Ini bererti Gunung Doa Hosana sudah berusia 28 tahun kini.
Ianya telah dibina atas nubuatan Pastor Agong Bangau sekitar tahun 1989. Keadaan di sini agak berbeza berbanding dahulu kerana gedung gereja pada ketika dahulu dikelilingi hutan dan pondok-pondok kecil.
Gunung doa ini tahun demi tahun makin ditambah baik dan dikembangkan. Tempat ini mempunyai asrama khusus untuk kegunaan para pelawat, gedung gereja yang sangat besar berbentuk salib yang boleh memuatkan lebih kurang 1,600 orang, bilik doa yang sangat unik dan selesa serta kemudahan lain seperti rumah pastor dan juga bangunan yang dinamai D'UPPERROOM yang masih dalam pembinaan sekarang ini.
Gunung Doa Hosana ini terbuka untuk menerima kunjungan pelawat. Pelawat yang ingin maklumat lanjut atau ingin mengunjungi gunung doa ini bolehlah menghubungi Andrew Achang Lawai (019-3458840), Charles Labung Lawai (012-5089081) atau Chin Nam (+6737283065 Brunei).
Pada bulan depan, pada 9-11 Ogos 2019, Gunung Doa Hosana akan mengadakan Kebaktian Kebangunan Rohani yang bertemakan "Sinar Kemuliaan". Pengkhutbah jemputan untuk acara itu adalah Pendeta Rudy Hartono dan Saudara Freddy Achang.
Terima kasih kepada Joy Centre SIB yang telah menerbitkan video yang menarik dan berinformasi ini!
Di antara maklumat menarik yang telah dikongsikan dalam video itu adalah:
Pengenalan ringkas Gunung Doa Hosana Trusan
Sebelum ini Gunung Doa Hosana ini dikenali sebagai Gunung Doa Liang Ukung. Ianya telah didirikan dan dibina sekitar tahun 1990 dan telah dirasmikan pada 4 Julai 1991. Ini bererti Gunung Doa Hosana sudah berusia 28 tahun kini.
Ianya telah dibina atas nubuatan Pastor Agong Bangau sekitar tahun 1989. Keadaan di sini agak berbeza berbanding dahulu kerana gedung gereja pada ketika dahulu dikelilingi hutan dan pondok-pondok kecil.
Gereja di Gunung Doa Hosana kini yang boleh memuatkan 1,600 orang (Foto dari YouTube Joy Centre SIB) |
Bangunan D'UPPERROOM yang sedang dibina (Foto dari YouTube Joy Centre SIB) |