Khamis, 25 Julai 2019

Pasukan Petugas Khas Mengalu-alukan Maklumat Mengenai Kes Kehilangan Pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat


Kementrian Dalam Negeri (KDN) telah mengeluarkan hebahan maklumat di laman rasmi Facebooknya berkaitan Pasukan Petugas Khas yang menyiasat kes kehilangan Pastor Raymond Koh dan Amri bin Che Mat. Hebahan maklumat itu menyatakan bahawa:

"Pasukan Petugas Khas (PPK) mengalu-alukan maklumat dan informasi daripada orang awam bagi membantu siasatan kes kehilangan Pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat.

"Orang awam boleh menghubungi Pasukan Petugas Khas (PPK) melalui alamat dan nombor telefon yang tertera."

(Diambil daripada hantaran Facebook Kementrian Dalam Negeri bertarikh 25 Julai 2019)