Isteri saya sering menasihati anak-anak gadis yang belum berpasangan seperti ini: “Anda akan lebih berbahagia dalam perkahwinan jika yang si lelaki lebih mencintai anda berbanding dengan anda yang lebih mencintainya.”
Isteri saya telah menerima petua seperti itu daripada neneknya sewaktu dia masih anak gadis. Dan setelah pengalaman menjadi isteri dan juga memperhatikan rumahtangga-rumahtangga lain yang bahagia dan tidak bahagia, isteri saya mendapati ada banyak kebenaran dari petua neneknya.
Terserahlah pada anda samada setuju atau tidak dengan kata-kata isteri saya. Tapi saya sendiri bersetuju bahawa bagi seorang wanita, perkahwinan akan lebih berbahagia apabila yang lelaki lebih mencintainya berbanding jika dia yang lebih mencintai lelaki itu.
Itulah yang Pastor Philip sedang katakan.