Rabu, 23 Oktober 2019

Jawaban Lembut Beth Moore Kepada Komen "Balik Rumahlah" Oleh John MacArthur


Pada tahun lepas, sambil merujuk kepada pengajar-pengajar lelaki yang terkenal, pengarang dan pengkhutbah Kristian, Beth Moore menulis, "Saya telah menaiki lif di hotel yang penuh dengan para pemimpin yang juga melayani di acara yang sama dan tidak diajak bercakap, dan lebih janggal lagi, dalam kenderaan yang sama, tidak pernah ditegur sapa." 

Isu itu bangkit lagi hujung minggu lepas, apabila John MacArthur, juga sendirinya seorang pastor dan pengarang, diminta respon kepada nama Beth Moore oleh moderator Todd Friel. Pastor yang berpusat di California itu sudi menjawab, dengan jawapan yang pedas, "Balik rumahlah," jawapan yang mendapat banyak gelak tawa dan tepukan daripada lelaki dan perempuan yang berkumpul di Grace Community Church, Sun Valley untuk ulangtahun ke-50 pelayanan khutbah MacArthur...

Jawaban Beth Moore di Twitter:

"Saya tidak menyerah kepada panggilan manusia ketika saya berusia 18 tahun. Saya telah menyerah kepada satu panggilan Tuhan. Tak pernah sesaat pun saya terfikir untuk tidak memenuhinya. Saya akan mengikut Yesus  - dan Yesus sahaja - sepanjang jalan sampai ke rumah Bapa. Dan saya akan memandang wajah-Nya yang indah dan bersorak, Layaklah Anak Domba!

"Inilah perkara yang indah mengenainya dan saya menyatakannya dengan maksud penuh hormat. Anda tidak perlu izinkan saya melayani anda. Itu adalah pilihan anda. Samada saya melayani Yesus atau tidak, itu bukan terserah pada anda. Samada saya melayani anda, ya itu pilihan anda. Walau apa pun, saya menghormati anda sebagai saudara saya dalam Kristus. 

"Saya sudah hidup cukup lama untuk mengetahui apa yang saya inginkan dalam hidup. Matlamat saya adalah untuk hidup dan mengasihi dengan menuruti contoh Yesus. Walaupun saya gagal setiap hari, saya bertekad untuk mengejar itu. Ianya bukan kerana saya tidak peduli apa yang anda fikirkan atau apa itu kelihatan pada anda, Ianya adalah kerana saya jauh lebih tanpa bandingannya mempedulikan apa yang Dia fikirkan."

(Diterjemahkan daripada artikel Breaking Christian News betajuk, "Beth Moore's Graceful Answer To John MacArthur's Comment To 'Go Home'" yang ditulis oleh Tre Goins-Phillips bertarikh 22 Oktober 2019)