Khamis, 3 Oktober 2019

Ramasamy: Itu Bukan Doa Kristian Tetapi Sebenarnya Ucapan Mengenai Perpaduan


GEORGE TOWN: Trend baharu di kalangan pelajar-pelajar Muslim di Sekolah Rendah Perempuan Methodist membeli hanya dari gerai-gerai Muslim telah membangkitkan kebimbangan kerajaan negeri.

Timbalan Ketua Menteri II, Dr P. Ramasamy berkata perkara itu telah dimaklumkan kepadanya semasa satu pertemuan dengan anggota-anggota lembaga sekolah itu pada hari Selasa (1 Okt).

"Kebelakangan ini, terjadi trend di kalangan pelajar-pelajar Muslim untuk hanya membeli makanan dari gerai-gerai yang dikendalikan oleh Muslim, dan tidak dari gerai-gerai bukan Muslim.

"Kurangnya pergaulan dan segregasi secara senyap di kalangan pelajar-pelajar dari pelbagai bangsa dan agama membimbangkan pegawai-pegawai sekolah, iaitu kedua-dua pihak pengurusan dan lembaga sekolah," kata Ramasamy semasa sidang akhbar di Komtar pada hari Rabu (2 Okt). 

Ramasamy, yang adalah pengerusi Jawatankuasa Pendidikan negeri, berkata untuk tujuan mengatasi kurang perpaduan itu, pihak sekolah mengambil keputusan untuk mengadakan ucapan perpaduan bagi Kristian dan Muslim. 

Sebagai respon kepada dakwaan bahawa sekolah tidak membenarkan doa Muslim semasa satu acara penyampaian hadiah pada 27 Sept, Ramasamy menyangkal perkara itu, dan mengatakan bahawa itu cuma ucapan perpaduan. 

"Seorang anggota lembaga Kristian telah memberikan ucapan setelah seorang anggota Muslim yang telah ditugaskan menyampaikan ucapan perpaduan itu gagal melakukannya.

"Orang yang telah ditugaskan untuk menyediakan ucapan itu tidak sempat menyediakannya.

"Akibatnya, hanya wakil Kristian sahaja yang telah memberikan ucapan perpaduannya; satu ucapan yang menyeru persefahaman dan kerjasama dalam masyarakat pelbagai kaum dan agama..

"Program itu secara keseluruhan telah berjaya membawa satu tahap kesatuan dan kebersamaan di kalangan pelajar-pelajar muda itu. 

"Walaupun begitu, pegawai-pegawai sekolah terkejut dengan laporan polis oleh satu kumpulan Melayu-Muslim yang mendakwa sekolah itu mengizinkan doa Kristian, namakala tidak mengizinkan doa Muslim," kata Ramasamy. 

Dia menambah bahawa laporan polis itu telah menjadi viral dan telah membawa kepada lebih daripada 10 laporan polis dan satu amaran keras daripada Kementrian Pendidikan kepada sekolah itu. 

"Tiada doa Muslim yang dihalang di sekolah itu dan mereka ingin pihak berkuasa memahami menapa ucapan-ucapan perpaduan itu telah dianjurkan.

"Walaupun sekolah-sekolah misi adalah di bawah Akta Pendidikan, terdapat surat-surat pekeliling yang memperakui ciri-ciri, tradisi dan nilai-nilai khas sekolah-sekolah itu yang telah ditubuhkan di negara ini semasa pemerintahan British. 

"Sekolah-sekolah misi bukanlah sebenar-benarnya sekolah kebangsaan, walaupun mereka menggunakan sukatan pendidikan yang sama.

"Mereka telah ditubuhkan lama sebelum munculnya sekolah-sekolah kebangsaan dan penekanan dalam pengajaran dan kepentingan doa Kristian membezakan mereka daripada sekolah-sekolah kebangsaan," Ramasamy menambah. 

Ramasamy juga berkata dia akan bertemu dengan pemangku pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang, Abdul Rashid Abdul Samad untuk membincangkan perkara itu lebih lanjut dan menggesa Kementrian Pendidikan untuk lebih berhati-hati ketika menyatakan tindakan tata tertib akan diambil sebelum mengetahui fakta-faktanya.  

Pada 27 Sept, seorang ahli perniagaan dan aktivis politik berusia 42 tahun telah membuat laporan polis, mendakwa bahawa sekolah telah membaca doa Kristian sebelum lagu kebangsaan dinyanyikan. 

Dalam berita yang terbaru, polis telah menyoal lima orang, termasuk ibu bapa, dalam siasatannya berkenaan dakwaan itu dan akan memanggil lebih ramai lagi saksi. 

(Diterjemahkan daripada artikel The Star bertajuk, "Ramasamy Says Speech At MGS Was On Unity, Not Religious In Nature" yang ditulis oleh Loh Tern Chern bertarikh 2 Oktober 2019)