Penulis dan pembicara yang prolifik, Eugene Peterson telah meninggal dunia pada hari Isnin. Dia berusia 85 tahun.
"Dalam beberapa hari kebelakangan ini, adalah jelas dia sedang mengalami perjalanan melalui ruangan sempit dan suci di antara bumi dan syurga," menurut keluarganya. "Kami mendengarnya bercakap dengan orang-orang yang kami hanya dapat anggap sedang mengalu-alukannya ke syurga. Juga mungkin ada satu atau dua ketika di mana dia telah mendekati asal-usul Pentakostanya dan berkata-kata dalam bahasa roh juga.
"Di antara kata-kata akhirnya adalah, 'Marilah kita pergi.' Dan sukacitanya: Begitu indah, dia tetap bersukacita sehinggalah kepada akhirnya, sentiasa tersenyum. Dalam detik-detik seperti ini, adalah baik bagi semua manusia yang fana berdiam diri. Dan jika anda perlu katakan sesuatu, katakanlah ini, 'Kudus, Kudus, Kudus.'"
Peterson telah diletakkan di bawah jagaan hospis pada pertengahan Oktober "apabila dia mengalami perubahan mendadak dalam kesihatannya kerana jangkitan," menurut emel daripada anaknya, Eric Peterson. Ayahnya sudah pun mengalami demensia dan masalah jantung pada waktu itu.
Peterson kemungkinan paling dikenali untuk parafrasa Alkitabnya bertajuk The Message yang telah ditulis dengan gaya sebuah buku cerita.
(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Charisma News bertajuk, "'The Message' Author Eugene Peterson Dies At 85, May Have Spoken In Tongues On His Deathbed" yang telah ditulis oleh Jessilyn Justice bertarikh 22 Oktober 2018)