Sabtu, 10 Ogos 2019

Seminar Cinta Bijak Akan Diadakan Di Rawang, Selangor Pada 8 & 9 September 2019


Shalom! Seminar Cinta Bijak akan diadakan di Rawang, Selangor pada 8 & 9 September 2019 ini.

Bagi pemuda-pemudi Kristian di Kuala Lumpur dan Selangor, inilah kesempatan untuk mengikuti seminar yang diasaskan dan pelopori oleh pastor berpengalaman Pastor Peter De Run. Pastor Peter akan disertai oleh Ps Joe Mosinkai sebagai pembicara di seminar ini.

Sebelum ini seminar ini telah diadakan di Kota Kinabalu pada bulan Mei, dan di Kuching pada Julai 2019. 

Seminar ini akan diadakan di Gereja City of Praise, Rawang iaitu kira-kira 30 minit memandu dari pusat Kuala Lumpur. 


Berikut adalah butir-butir seminar ini:

Tempat: City of Praise, Rawang
Tarikh: 8 & 9 September 2019
Masa: 7.30-10.30 malam (8 Sep)
           9 pagi - 4 petang (9 Sep)

Yuran penyertaan: RM20 untuk pelajar dan RM30 untuk pekerja.

Nota: Pastikan anda DAFTAR SEKARANG supaya layak mendapat NOTA LENGKAP, MAKANAN TENGAHARI dan BUKU PERCUMA. Hanya bagi mereka yang daftar online SEBELUM 2 SEPTEMBER 2019!

BAYARAN HANYA DIBUAT PADA 8 September SEMASA HADIR untuk seminar!

Sila klik di link ini untuk mendaftar hari ini!


Anda juga boleh menghubungi Ps Peter (019-8898049) atau Rema (0113-6683080) untuk sebarang pertanyaan.