Khamis, 8 Ogos 2019

Dino Kartsonakis: Kathryn Kuhlman Memberitahu Saya Rahsia Pelayanan Penyembuhannya

Kathryn Kuhlman

Lebih 43 tahun selepas kematiannya, Kathryn Kuhlman masih menginspirasikan orang untuk berjalan dalam Roh Kudus. Pelayanan penyembuhan mukjizatnya telah menyentuh bilangan jiwa yang tidak terkira. Ramai telah meninggalkan kebaktian-kebaktiannya disembuhkan atau dipenuhi dengan Roh Kudus. 

Kawan saya, Dino Kartsonakis telah melayani dalam pasukan Kuhlman dengan pengurapan penyembahannya yang mengkagumkan dengan piano. Dia telah bermain banyak lagu semasa rapat umum - rapat umum yang dikendalikan Kuhlman, termasuk "Alleluia." Dia secara sendirinya dikenali untuk penyampaian yang berkuasa lagu-lagu hymn dan penyembahan, tetapi dia telah mendapat kesempatan yang jarang-jarang diperolehi untuk menyaksikan Kuhlman secara dekat dan menanyakannya soalan cepu emas itu: "Apakah rahsia anda?"

Tetapi jawapan Kuhlman mungkin bukan apa yang dijangka oleh Dino. Dalam podcast bersama saya, Dino menceritakan perbualan mereka semasa makan malam pada suatu hari.

"Saya berkata, 'Katherine, apakah rahsia untuk mukjizat-mukjizat itu?'" Dino bertanya. "'Kau tahu, Dino, kadangkala saya terkagum,' dia akan katakan, 'Ianya bukan saya. Itu semata-mata kuasa ajaib.' Kemudian saya mula memikirkan apa yang dilakukannya di atas pentas. Perkataan untuk menggambarkan mukjizat-mukjizat itu adalah 'kasih.' Dia mengasihi orang."

Dino berkata Kuhlman akan sering berjalan memasuki kebaktian dan mengasihi ribuan orang hadirin seolah-olah dia bersendirian dengan mereka. 

"Dengan kasih itu, dan kerinduan untuk melihat penyembuhan dalam tubuh dan roh mereka, terutamanya keselamatan, orang ramai di kiri dan di kanan disembuhkan. Kasih sangat berkuasa, dan Kathryn Kuhlman memiliki itu," katanya.

Kini, ketika Dino keluar ke pentas untuk melayani, dia memilih untuk mengasihi dengan cara yang sama. Dia tahu pelayanan adalah mengenai umat, bukan dirinya. 

Dino Kartsonakis di pianonya

Satu lagi rahsia yang Dino pelajari daripada Kuhlman adalah bagaimana bersandar sepenuhnya kepada Roh ketika melayani. 

"Apabila saya keluar ke pentas, saya bergantung sepenuhnya kepada Roh Kudus," katanya. "Saya menekan kunci piano, dan ianya terus pergi dan memasuki hati umat, dan ianya membawa mereka dalam suasana penyembahan, suasana kasih dan penyembuhan. Kami telah melihat banyak penyembuhan berlaku dalam konsert-konsert dan pelayanan kami."

(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Charisma Magazie bertajuk, "Dino Kartsonakis: Kathryn Kuhlman Told Me The Secret To Her Miracle Ministry" yang ditulis oleh Stephen Strang bertarikh 7 Ogos 2019)