Khamis, 8 Ogos 2019

Kenapa Benarkan Khat Tetapi Tidak "Allah", Tanya Pemimpin Kristian


KUCHING: Seorang pemimpin Kristian telah mempersoalkan langkah kerajaan untuk memasukkan kaligrafi khat Melayu/Arab dalam sukatan pelajaran untuk sekolah-sekolah rendah bahasa Cina dan Tamil memandangkan keputusan mahkamah baru-baru ini untuk menangguhkan untuk kali keenam keputusannya samada orang-orang Kristian Malaysia Timur boleh menggunakan kata "Allah" dalam penerbitan-penerbitan agama.

"Kami tertanya-tanya mengapakah kerajaan keberatan untuk membenarkan orang-orang Kristian Sabah dan Sarawak untuk menggunakan kata 'Allah' yang bererti 'God' dalam bahasa Arab, dalam penerbitan-penerbitan agama tetapi mahukan bukan Muslim mempelajari kaligrafi khat," setiausaha am Majlis Gereja-Gereja Malaysia (CCM), Herman Shastri memberitahu Free Malaysia Today.

Ini terjadi hanya beberapa hari selepas Mahkamah Tinggi menangguhkan keputusannya sekali lagi samada kata "Allah" boleh digunakan oleh orang-orang Kristian di negeri-negeri Borneo dalam penerbitan-penerbitan keagamaan untuk tujuan pendidikan di kalangan anggota-anggota masyarakat mereka. 

Gereja Sabah, Sidang Injil Borneo juga telah menulis kepada kerajaan untuk keputusan pentadbiran samada kata "Allah" boleh digunakan dalam pendidikan keagamaan. 

Kaligrafi khat akan diperkenalkan sebagai sebahagian daripada sukatan pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 di sekolah-sekolah aliran vernakular tahun depan. 

Shastri berkata bahawa jika kerajaan menegaskan untuk memasukkan khat dalam sukatan pelajaran, pelajar-pelajar Kristian juga harus dibenarkan mempelajari kaligrafi Arab Kristian. 

Untuk masa yang lama, katanya, Bible telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa klasik di pelbagai sudut dunia. 

"Orang-orang Kristian di Timur Tengah telah menggunakan Bible yang ditulis dalam bahasa Arab selama berkurun-kurun," tambahnya lagi. 

"Kami mempunyai banyak ayat-ayat Bible, doa dan lagu yang ditulis dalam kaligrafi Arab yang dipamerkan di tempat-tempat ibadah."

"Doa Bapa Kami" dari Bible dalam kaligrafi khat

(Diterjemahkan daripada artikel Free Malaysia Today bertajuk, "Why Allow Khat But Not 'Allah', Asks Christian Leader" yang ditulis oleh Larissa Lumandan bertarikh 8 Ogos 2019)