Khamis, 16 Januari 2014

5 Filem Yang Akan Menjadikan 2014 Tahun Alkitab



Kisah-kisah Alkitab sememangnya kisah-kisah yang hebat! Ianya seperti campuran kisah aksi mendebarkan, drama bersejarah, novel romantika, dan pada bab-bab akhir zamannya, seperti kisah fantasi. 

Kisah-kisah yang amat menarik dalam teksnya adalah sebahagian sebabnya mengapa Alkitab adalah buku terlaris sepanjang zaman.

Tetapi pada 2014, kita akan melihat samada kitab itu akan menjadi daya tarikan di layar perak zaman moden seperti dalam bentuk penulisan. 

Tahun ini, studio-studio besar seperti Sony dan Lionsgate akan memasuki kancah dengan mengeluarkan filem-filem bertema alkitabiah, yakni;




Son of God," 20th Century Fox, Februari 2014

Perintis program realiti TV, Mark Burnett dan isterinya, pelakon Roma Downey, telah mengambil babak-babak dari siri History Channel "The Bible" yang diterbitkan mereka untuk menjadikan "Son of God," sebuah filem mengenai kehidupan Yesus yang pastinya akan menarik rakyat Amerika yang sering ke gereja. Sebagai filem pertama untuk ditayangkan dalam senarai ini, ianya kemungkinan akan menjadi petanda sambutan di pawagam untuk filem-filem yang lainnya. 




"Noah," Regency Enterprises, November 2014

Publisiti yang meluas sudah membanjiri di sekitar filem "Noah" dan bajetnya yang besar sebanyak $130 juta. Para pelakonnya termasuk Russell Crowe, sebagai watak Nuh, dan juga Anthony Hopkins, Jennifer Connelly dan Emma Watson. Darren Aronofsky ("Black Swan") mengarahkan filem ini. Melihat daripada trelernya, ianya akan memaparkan permandangan yang mengkagumkan di samping mengambil banyak kebebasan artistik dalam penceritaannya. 




"Heaven is for Real," Sony Pictures, April 2014

Walaupun bukanlah setepatnya filem berdasarkan kisah Alkitab, "Heaven is for Real" akan memaparkan tema-tema alkitabiah yang popular seperti syurga, Yesus dan keselamatan. Filem ini berdasarkan buku bestseller New York Times dengan judul yang sama dan akan membintangi Greg Kinnear, Kelly Reilley dan Thomas Haden Church. Kisah ini mengenai pengalaman seorang anak kecil yang hidup kembali setelah mati telah dijadualkan untuk ditayangkan, sesuai dengan temanya, sejurus sebelum Hari Kebangkitan Yesus. 




"Exodus," 20th Century Fox, Disember 2014

20th Century Fox masih merahsiakan filem "Exodus" arahan Ridley Scott. Yang kami dapat tahu ialah filem ini adalah adaptasi kisah alkitabiah mengenai pembebasan orang-orang Israel daripada Mesir. Christian Bale akan membintangi sebagai Musa bersama Sigourney Weaver. Para pengkritik filem tidak akan dapat mengelak daripada membandingkannya dengan filem 1956 "The Ten Commandments" yang dibintangi Charlton Heston. Soalnya ialah samada filem ini akan dapat mengulangi kejayaan filem klasik itu. 




"Mary, Mother of Christ," Lionsgate Films, Disember 2014

Kisah pendahulu (prequel) yang sudah lama dinanti-nantikan kepada "The Passion of The Christ" dijadualkan tiba sebelum Krismas setelah satu siri penangguhan yang lama. Para pelakonnya termasuk Peter O'Toole, Sir Ben Kingsley, Julia Ormond, dan pelakon baru dari Israel, Odeya Rush yang mengambil peranan ibu muda itu. Senarai pelakon yang hebat digabung dengan bajet yang besar dari Lionsgate dan sokongan daripada beberapa peribadi Kristian ternama seperti pastor mega-church Joel Osteen, yang juga tersenarai sebagai penerbit eksekutif, memberi potensi kepada filem ini.


Pada pendapat anda, filem manakah yang akan paling menggegarkan pawagam pada 2014?

(Diterjemah daripada artikel laman My San Antonio bertajuk "Five Films That Will Make 2014 The Year of The Bible" bertarikh 10 Januari 2014)