Eugene Yapp Pemangku Setiausaha Agung NECF - National Evangelical Christian Fellowship |
Di Gereja Mar Thoma Ara Damansara
Ahad lepas, pengunjungnya membaca doa khas untuk Paderi Katolik Rev
Father Lawrence Andrew yang kemungkinan didakwa di bawah Akta Hasutan.
Penceramah memberitahu yang
hadir, Andrew dalam keadaan tenang menghadapinya dan meminta semua penganut
Kristian bersatu mendoakan paderi Katolik itu dan untuk mencapai penyelesaian
dalam isu penggunaan perkataan "Allah".
Kenyataan penceramah itu
memberikan mesej bahawa isu Allah telah membawa pelbagai aliran dalam Kristian
lebih dekat dan pertembungan sekarang bukan antara Katolik dan umat Islam
sahaja tetapi keseluruhan penganut Kristian.
Pemimpin gereja daripada pelbagai
aliran telah menolak cadangan bahawa perjuangan untuk menggunakan perkataan
Allah adalah perjuangan suci (crusade) gereja Katolik sahaja tetapi
mereka bersatu bahawa penganut Kristian yang bercakap Bahasa Malaysia perlu dibenarkan
menggunakan perkataan itu dalam ibadat mereka.
Pemangku Setiausaha Agung
National Evangelical Christian Fellowship (NECF) Malaysia Eugene Yapp berkata, bertentangan cadangan kumpulan-kumpulan Islam dan penulis blog
pro-kerajaan, ia adalah pendirian kolektif kepimpinan Kristian dalam pelbagai
aliran untuk mengekalkan hak menggunakan perkataan itu.
"Penggunaan nama Allah tidak
terhad kepada Katolik sahaja.
"Penggunaannya merentasi
seluruh penganut Kristian yang bercakap dalam Bahasa Malaysia dan Bumiputera
beragama Kristian," katanya.
Yapp juga berkata, isu Allah
memberi kesan kepada masyarakat Kristian keseluruhannya dan Persekutuan
Kristian Malaysia (CFM) menyokong usaha mingguan Herald untuk membatalkan
keputusan Mahkamah Rayuan yang mengharamkannya daripada menggunakan perkataan
itu dalam penerbitan Bahasa Malaysia mereka.
CFM adalah terdiri daripada tiga
komponen – gereja Roman Katolik, Majlis Gereja-Gereja Malaysia dan NECF.
Dr. Hermen Shastri Setiausaha Agung CCM - Council of Churches Malaysia |
Setiausaha Agung CCM Rev Dr
Hermen Shastri bersetuju sambil menambah bahawa semua gereja-gereja di negara
ini telah bersatu di atas prinsip bahawa orang Kristian mempunyai hak untuk
mengamalkan agama mereka secara bebas dengan aman dan damai seperti yang
dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Ini termasuk penggunaan
Bible dalam bahasa yang berbeza.
"Bible digunakan oleh semua
orang Kristian sebagai kitab suci dalam apa jua terjemahan dan di negara kita.
Bible Melayu yang digunakan oleh komuniti Orang Asli yang bertutur Bahasa
Malaysia dan bahasa asli masing-masing," katanya.
Dr Hermen juga berkata, isu Allah
telah membawa pelbagai kumpulan Kristian lebih dekat, satu pandangan yang
dikongsi oleh Yapp.
"Ia telah membawa kita lebih
dekat dan membuat kita bersatu kerana ia adalah mengenai kebebasan
beragama," tambah Yapp.
Rev. Eu Hong Seng Pengerusi CFM - Christian Federation of M'sia |
Persekutuan Kristian Malaysia (CFM), dalam satu kenyataan hari
ini, mengesahkan semula sokongan bagi saudara Kristian mereka, dan melahirkan
kebimbangan terhadap peningkatan ketegangan oleh kumpulan-kumpulan tertentu
berkenaan dengan penggunaan istilah Allah oleh masyarakat Kristian di Malaysia.
Mereka juga kesal sikap berdiam
diri kerajaan mengenai perkara itu, setelah mengumumkan penyelesaian 10-perkara
untuk memenuhi penggunaan Bible Melayu, antara lain, pada bulan April 2011.
"Penyelesaian 10-perkara
yang diumumkan oleh kerajaan pada April 2011 sepatutnya menyelesaikan
penggunaan Bahasa Malaysia dan Allah dalam Bible.
"Malangnya, kerajaan yang
merangka penyelesaian 10-perkara ini senyap mengenainya," kata Pengerusi
CFM Rev Dr Eu Hong Seng.
Beliau mengulangi sokongan untuk
pengarang Herald Rev Father Lawrence Andrew dan gereja-gereja yang telah
menjadi sasaran protes.
"Kami juga berdiri bersama
dengan orang-orang Kristian di negara ini yang kesalahan mereka hanya keinginan
tulus untuk menyembah Tuhan dalam bahasa mereka sendiri," tambah Eu.
Beliau menegaskan bahawa 64%
daripada orang Kristian di Malaysia tidak ada bahasa lain untuk Bible, doa dan
penyembahan mereka, kecuali Bahasa Malaysia.
Pada bulan Oktober 2013, tiga
hakim Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Putrajaya untuk menolak keputusan
Mahkamah Tinggi bahawa Herald boleh menggunakan kalimah Allah kerana ia tidak
merupakan sebahagian daripada agama Kristian dan amalan mereka.
Gereja kini merayu keputusan itu
ke Mahkamah Persekutuan.
Rev Father Lawrence Andrew Paderi Katolik dan Pengarang The Herald |
Andrew sedang disiasat di bawah
Akta Hasutan selepas beliau dilaporkan oleh The Malaysian Insider bulan lalu
sebagai berkata bahawa gereja-gereja di Selangor akan terus menggunakan
perkataan Allah semasa perkhidmatan dalam Bahasa Malaysia mereka.
Beliau memetik Artikel 11
Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan untuk setiap agama menguruskan
hal ehwal sendiri.
Bagaimanapun, berikutan kenyataan
beliau, kumpulan Islam, termasuk daripada Umno, menuntut beliau menarik balik
kenyataan itu.
Berikutan itu, Jabatan Agama
Islam Selangor (Jais) dan polis menyerbu Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) awal
bulan ini dan merampas lebih 300 Bible yang diterbitkan dalam bahasa Melayu dan
Iban dan menahan pengerusi PBM Lee Min Choon dan pengurus pejabat Sinclair
Wong.
Dua minggu lalu, NGO Islam
membuat bantahan berhampiran sebuah gereja di Klang terhadap hak Kristian
melakukan ibadat dalam Bahasa Malaysia dengan menggunakan perkataan
"Allah".
Sebelum pilihan raya Sarawak
2011, Putrajaya telah mengesahkan penyelesaian 10-perkara antaranya membenarkan
Kristian di Sabah dan Sarawak menggunakan Allah dalam Bible versi Melayu
mereka.