Mungkin anda sudah pun mendengar mengenai Blood Moon yang akan terjadi sebanyak 4 kali dalam 2014 dan 2015. Berikut maklumat yang aku kumpulkan mengenai fenomena ini yang akan mula berlaku Selasa hadapan - Blood Moon yang pertama akan muncul pada 15 April 2014!
Apakah itu Blood Moon?
Blood Moon berlaku semasa gerhana bulan, yang menjadikan warna bulan kelihatan bertukar menjadi merah seperti darah. Bukan semua gerhana bulan (apabila bumi berada di antara matahari dan bulan) akan menyebabkan fenomena ini. Gerhana bulan akan berlaku dua kali setahun, adakalanya tidak kelihatan jelas, dan adakalanya akan kelihatan bayangan suram di bulan, dan adakalanya berwarna merah seperti yang telah disebutkan.
Mengapakah Blood Moon pada 2014 dan 2015 menjadi perhatian ramai?
Blood Moon pada 2014 dan 2015 menjadi perhatian ramai kerana jarang-jarang berlaku fenomena yang dipanggil Tetrad, iaitu apabila 4 Blood Moon terjadi secara berturutan.
Dan lebih luar biasa lagi, keempat-empat Blood Moon itu semuanya akan muncul pada Hari-hari Perayaan Suci orang Yahudi. (lihat carta di bawah):
15 Apr 2014 - Passover (Perayaan Paskah)
8 Okt 2014 - Sukkot (Perayaan Pondok Daun)
4 Apr 2015 - Passover (Perayaan Paskah)
28 Sep 2015 - Sukkot (Perayaan Pondok Daun)
Di samping itu akan terjadi gerhana matahari pada 1 Nisan, yang merupakan tahun baru - hari pertama, bulan pertama - kalendar orang Yahudi.

Pernahkah terjadi Tetrad (4 Blood Moon yang berturutan) pada Hari-hari Perayaan Suci orang Yahudi dalam sejarah?
Ya, pernah terjadi tetapi hanya tiga kali dalam 500 tahun yang lepas. Pastor John Hagee dan John Kilpatrick dari Amerika telah menyebut data NASA (National Aeronautics and Space Administration) yang menunjukkan Tetrad pernah terjadi bersamaan Hari-hari Perayaan Suci orang Yahudi pada 1493-1494. 1949-1950 dan 1967-1968.
Apakah yang terjadi semasa tiga Tetrad itu dalam sejarah orang Yahudi?
Dalam tiga Tetrad itu, peristiwa besar terjadi dalam sejarah orang-orang Yahudi (lihat carta di bawah).
1493-1494 - Semasa Spanish Inquisition, orang-orang Yahudi telah diusir keluar daripada Sepanyol.
1949-1950 - Perang Arab-Israel tercetus selepas pembentukan semula Israel sebagai negara pada 1948. (Peperangan meletus di antara 15 Mei 1948 sehingga 10 Mac 1949, dan gencatan senjata dipersetujui secara rasmi pada 20 Julai 1949).
1967-1968 - Perang 6 Hari tercetus di antara Israel dan negara-negara jirannya, Mesir, Syria dan Yordan. Dalam serangan balas, Israel telah menawan kembali kota Yerusalem.
Adakah ini bererti akan berlaku sesuatu peristiwa besar pada Tetrad (4 Blood Moon) pada tahun 2014-2015 ini?
Kita tidak tahu samada akan berlaku apa-apa peristiwa pada kemunculan 4 Blood Moon kali ini. Cuma kita tahu dari sejarah, pernah berlaku peristiwa besar kepada orang-orang Yahudi apabila 4 Blood Moon jatuh pada Hari-hari Perayaan Suci mereka.
Pastor John Hagee telah menyebut Kejadian 1:14 dan Yoel 2:30-31 sebagai ayat-ayat yang menunjukkan kemunculan gerhana bulan Blood Moon ini adalah suatu tanda khususnya bagi orang-orang Yahudi:
Apakah pendapat anda? Adakah 4 Blood Moon ini menjadi petanda sesuatu peristiwa besar akan terjadi pada tahun 2014 dan 2015?

Berfirmanlah Allah: "Jadilah benda-benda penerang pada cakrawala untuk memisahkan siang dari malam. Biarlah benda-benda penerang itu menjadi tanda yang menunjukkan masa-masa yang tetap dan hari-hari dan tahun-tahun (Kejadian 1:14).
Aku akan mengadakan mujizat-mujizat di langit dan di bumi: darah dan api dan gumpalan-gumpalan asap. Matahari akan berubah menjadi gelap gulita dan bulan menjadi darah sebelum datangnya hari TUHAN yang hebat dan dahsyat itu (Yoel 2:30-31).
Apakah pendapat anda? Adakah 4 Blood Moon ini menjadi petanda sesuatu peristiwa besar akan terjadi pada tahun 2014 dan 2015?
VIDEO - Temubual Fox News dengan Pastor John Hagee mengenai Blood Moon