Isnin, 14 April 2014

Maira Elizabeth Mendapat Jersi Istimewa Liverpool

Maira Elizabeth
PETALING JAYA: Anak perempuan Andrew Nari, ketua pramugara Penerbangan MH370 Malaysia Airlines yang hilang telah dihadiahkan sehelai jersi Liverpool yang telah ditandatangani daripada tiga peminat kelab itu.

Dalam catatan Facebook pada Sabtu malam, Maira Elizabeth Nari telah memuat naik gambarnya dalam jersi Liverpool yang ditandatangani oleh pemain-pemain dan pengurus pasukan itu.


Jersi itu juga dicetak khas dengan nama Andrew Nari dengan angka satu.

"Rasa sungguh diberkati! Ianya berlaku dua hari sebelum, ataupun sehari sebelum perlawanan mereka menentang Tottenham Spurs beberapa minggu lalu. Jersi ini telah dihantar terus dari Anfield. Hadiah ini sungguh berharga sekali. Ayah, ini untukmu," dia mengatakan dalam catatannya.

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada tiga peminat Liverpool dari Malaysia yang telah melalui beberapa rintangan untuk mendapatkan jersi itu ditandatangani. 

Tiga peminat itu telah pergi ke Liverpool untuk mengikuti perlawanan menentang Tottenham Hotspurs pada 30 Mac.


Gambar Maira dengan jersi Liverpool dan ayahnya, Andrew Nari

"Aku akan membingkaikan baju ini. Aku sangat terharu! Ayah, aku pasti kamulah orang paling gembira di bumi sekarang. Betapa aku ingin kamu ada bersama kami. Aku dapat bayangkan betapa gembiranya kamu, sehingga mungkin terjerit-jerit. Hehe. Aku merindukan kamu," katanya.

Maira selalu menghantar tweet mengenai perlawanan secara langsung Liverpool, oleh kerana ayahnya adalah peminat kuat kelab Merseyside itu. 

"Ayah, Liverpool sedang memenangi perlawanan ini. Pulanglah supaya kamu dapat menyaksikannya! Kamu tidak pernah ketinggalan perlawanannya. Inilah kali pertama kamu ketinggalan perlawanannya. :')," dia menghantar tweet selepas Liverpool membelasah Manchester United di Old Trafford pada 16 Mac.

Mesej tweetnya yang menyayat hati telah dibaca oleh kelab Inggeris itu dan peminat-peminat kelab itu dari sekeliling dunia.

(Diterjemahkan daripada artikel laman The Star bertajuk "MH370 Chief Steward's Daughter Ecstatic After Getting Signed Liverpool Jersey" penulisan Rashvinjeet S. Bedi bertarikh 13 April 2014)