Oleh J. Lee Grady:
Banyak yang telah ditulis dalam Injil mengenai penyeksaan yang dialami Yesus dalam perjalanan ke Golgota dan kesakitan yang ditanggung-Nya semasa terpaku di kayu salib. Kita harus merenungkan penderitaan yang telah dialami Yesus jika kita ingin mengerti harga yang telah dibayar oleh-Nya untuk keselamatan kita.

Berikut lapan perkara yang kita harus renungkan dalam hari-hari menjelang Paskah:
1. Dia telah dikhianati oleh murid-Nya, Yudas. Kesakitan yang dialami Yesus bukan saja secara jasmani. Dapatkah anda bayangkan kesedihan yang dirasakan-Nya apabila salah satu daripada sahabat yang dipercayai-Nya telah bertukar menjadi pengkhianat yang sesungguhnya? Kita tidak terlalu pasti bagaimana untuk menilai tiga puluh keping perak dalam kewangan sekarang, tetapi ramai sarjana yang mencadangkan angka lebih kurang $950 (RM3,000). Segala kesakitan yang dialami Yesus pada Jumaat Agung telah bermula pada malam sebelumnya, apabila Yudas menerima ganjaran untuk penangkapan Gurunya.
Renungkanlah: Ada sedikit Yudas dalam setiap kita, dan kita semua pernah mengkhianati Yesus untuk mendapatkan apa yang kita inginkan. Tetapi Dia tetap memilih untuk mengampuni kita!
2. Dia telah ditinggalkan oleh pengikut-pengikut-Nya yang lain. Kita selalu mengfokus kepada Petrus yang menyangkal Yesus. Tetapi Alkitab mengingatkan kita bahawa semua murid-murid Yesus "meninggalkan Dia dan melarikan diri" selepas penangkapan-Nya (Markus 14:50). Yesus menderita keseorangan. Semua lelaki yang telah diajar dan dilatih-Nya selama tiga setengah tahun meninggalkan-Nya pada waktu kesusahan-Nya.
Renungkanlah: Dia telah membayar segala harganya. Dia menyelesaikan kerja penebusan tanpa pertolongan kita. Tetapi Dia masih mengampuni kita walaupun kita telah menyangkal Dia.
3. Dia telah menanggung beban dosa dunia. Kesakitan Yesus yang terbesar tidak bermula di kayu salib. Ianya bermula di Taman Getsemani di mana Allah telah membayangkan kepada Anak-Nya dosa-dosa dunia. Yesus bergumul begitu sekali pada ketika itu sehingga Dia menitiskan peluh berdarah (Lukas 22:44). Para sarjana mengatakan Dia kemungkinan mengalami suatu keadaan yang dikenali sebagai hematidrosis, di mana darah dikeluarkan melalui saluran peluh kerana stres yang terlalu menekan.
Renungkanlah: Dosa-dosa kita telah dipindahkan kepada Yesus, dan Dia telah menanggung hukuman yang sewajarnya kita tanggung!
4. Dia telah difitnah dan ditolak oleh pemimpin-pemimpin Yahudi. Dapatkah anda bayangkan kesedihan yang dialami Yesus apabila umat yang Dia diutus untuk menyelamatkan meludah ke muka-Nya, menutupi mata-Nya, memaki dan menuduh-Nya menghujat Allah? Pihak Sanhedrin telah mengadakan perbicaraan yang tidak adil dan menjatuhkan hukuman mati ke atas Anak Allah.
Renungkanlah: Yesus tidak membuka mulut-Nya untuk mempertahankan diri-Nya apabila Dia difitnah. Kini, apabila Iblis menuduh kita, Yesus akan mengambil kes kita dan mengisytiharkan kita tidak bersalah!
5. Dia dihina dan didera oleh pengawal-pengawal Roma. Selepas Pilatus mengalah kepada tekanan daripada orang-orang Yahudi, pengawal-pengawal Roma telah menyebat Yesus dengan cemeti, menyematkan mahkota berduri ke atas kepala-Nya, memukul kepala-Nya dengan kayu, menghina-Nya dengan mengolok-olok menyembah Dia. Penyebatan itu sahaja dengan menggunakan cemeti yang diperbuat kulit binatang dan ditaruh serpihan tembaga atau tulang - sudah mengeluarkan banyak darah Yesus.
Renungkanlah: Yesus boleh memanggil kepada para malaikat untuk menghentikan penyeksaan-Nya - tetapi Dia memilih untuk menahan kesakitannya kerana Dia mengasihi kita!
6. Dia telah disalibkan di antara dua penjahat. Kita tidak dapat membayangkan sakitnya penyaliban itu. Paku besi yang besar telah dipaku ke tangan dan kaki Yesus, dan Dia perlu menekan tubuh-Nya yang sudah tercedera pada kayu salib untuk mengangkat tubuh-Nya agar dapat bernafas. Dan kerana ianya adalah kebiasaan orang-orang Roma untuk menyalibkan penjahat dalam keadaan bogel, ianya adalah penghukuman yang paling memalukan. Tambahan lagi, Dia telah disalibkan bersebelahan dua lelaki yang telah dijatuhkan hukuman atas jenayah yang mereka lakukan - sedangkan Dia sama sekali tidak bersalah.
Renungkanlah: Kita yang sepatutnya menanggung hukuman mati itu, bukannya Yesus. Tetapi Dia telah mengambil tempat kita!

7. Tubuh-Nya telah ditikam dengan tombak. Walaupun Yesus sudah menghembuskan nafas-Nya yang terakhir, seorang askar telah menusukkan lembing ke dada Yesus - kemungkinan besar untuk memastikan bahawa Yesus sudah mati. Yohanes memberitahu kita bahawa air dan darah terpercik keluar (Yohanes 19:34), bukti bahawa tombak itu telah menembusi pericardium, pundi di sekeliling jantung. Jantung Yesus tertusuk untuk kita.
Renungkanlah: Sepertimana rusuk Adam telah terbelah untuk mewujudkan wanita pertama, rusuk Yesus juga terbelah untuk mewujudkan gereja. Tubuh-Nya yang tertusuk telah memberikan mata air kehidupan untuk kita!
8. Dia mengalami maut untuk semua orang. Inilah hakikat yang paling dahsyat mengenai salib. Yesus tidak mati secara simbolik atau secara perlambangan. Dia mati secara nyata. Anak Allah, yang tidak pernah berdosa - yang paling tidak harus mengalami hukuman maut - mati supaya kita boleh peroleh kehidupan. Jantung-Nya berhenti berdenyut, Dia berhenti bernafas dan roh-Nya meninggalkan-Nya. 1 Petrus 3:18 mengatakan "Sebab juga Kristus telah mati sekali untuk segala dosa kita, Ia yang benar untuk orang-orang yang tidak benar, supaya Ia membawa kita kepada Allah."
Renungkanlah: Kerana Yesus telah mati bagi pihak kita, kita tidak perlu lagi mati. Kehidupan kekal adalah pemberian-Nya kepada kita!
Musim Paskah ini, renungkanlah jejak langkah yang telah diambil oleh Juruselamat kita dari Getsemani ke Gologota. Pandanglah tangan-Nya dan kaki-Nya yang tertusuk paku. Tataplah baik-baik salib-Nya, dan ucaplah syukur kepada-Nya kerana tergantung selama enam jam di situ untuk anda.

(Dipetik dan diterjemah daripada artikel Charisma Magazine bertajuk "8 Ways Jesus Suffered For You" penulisan J. Lee Grady bertarikh 16 April 2014)