Sabtu, 19 April 2014

Gereja Di Texas Ingin Cipta Rekod Dunia Dengan Potret Besar Yesus Menggunakan Kapur


















Fellowship Church yang dipimpin oleh Pastor Ed Young di Texas berharap dapat mencipta rekod dunia yang baru dengan satu lukisan besar Yesus, yang dihasilkan dengan kapur di tempat letak kereta di kawasan gereja dengan bantuan ahli-ahlinya. Oleh kerana gereja itu dekat dengan Dallas/Fort Worth International Airport, dipercayai bahawa lukisan kapur itu dapat dilihat oleh penumpang-penumpang pesawat pada hujung minggu Hari Kebangkitan Yesus ini. 

Dalam satu kebaktian baru-baru ini, Pastor Ed mengatakan, "Lukisan besar dengan kapur di tempat letak kereta gereja kita ialah cara yang baik untuk berkomunikasi dengan begitu ramai orang dan juga untuk mengingatkan kita apakah maksud sebenar minggu ini." 

Seorang anggota gereja yang terlibat dalam melukis gambar itu memberitahu sebuah agensi berita tempatan, jangan risau, jika ianya hujan di antara sekarang dan Hari Kebangkitan Yesus, karya ini akan menjadi "sebuah karya lukisan abstrak"...


Video: Bagaimana Lukisan Besar Potret Yesus Telah Dihasilkan 


Berikut catitan Pastor Ed dalam penerangan yang mengiringi klip Youtube itu: 

"Lebih daripada 700 sukarelawan telah meluangkan 13 jam, dan menggunakan 6,700 batang kapur untuk menciptakan potret Yesus yang seluas 17,000 kaki persegi!

"Mengapa? Kerana kami cuma ingin memberitahu dunia bahawa... SEMUANYA adalah mengenai DIA!"

(Diterjemah daripada artikel Relevent Magazine bertajuk "Ed Young's Church Wants To Set A World Record With This Huge Chalk Jesus Drawing" bertarikh 18 April 2014, dan catitan Pastor Ed Young yang mengiringi klip Youtube lukisan itu )