Khamis, 24 April 2014

Penculik Melepaskan Kanak-Kanak 10 Tahun Yang Tidak Henti-Henti Nyanyikan Lagu Kristian



Sebuah lagu Kristian telah menyelamatkan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun daripada penculiknya. Willie Myrick berkata dia sedang berada di halaman depan rumahnya dan membungkuk untuk mengutip wang apabila seseorang menangkapnya dan menghumbannya ke dalam sebuah kereta.

"Dia memberitahuku bahawa dia tidak mahu mendengar satu patah katapun daripadaku," kata Myrick. Pada waktu itulah Myrick mula menyanyi sebuah lagu Kristian bertajuk "Every Praise." Penculik itu mula menyumpah dan berulangkali menyuruh Myrick berdiam diri tetapi dia tidak berhenti menyanyi. Dia menyanyi lagu itu untuk kira-kira tiga jam sehinggalah penculik itu melepaskannya dari kereta.

Anak kecil itu pun berlari ke rumah berdekatan dan meminta penghuninya untuk menghubungi penjaganya.

Baru-baru ini Myrick berkesempatan bertemu dengan penyanyi lagu "Every Praise," Hezekiah Walker, dan mereka menyanyikan lagu itu bersama-sama.

Pihak polis belum dapat mengesan suspek itu, tetapi berharap lakaran yang telah diedarkan akan menghasilkan maklumat lanjut dari orang ramai.


VIDEO: Kanak-kanak Yang Menyanyi "Every Praise" Dan Dilepaskan Penculik 



(Diterjemah daripada artikel Fox News Insider bertajuk "'Every Praise': Kidnapper Releases 10 Year Old Who Won't Stop Singing Gospel Song" bertarikh 22 April 2014)